Selasa, 12 Julai 2016

BISKUT TART ROSE

Hai semua SELAMAT HARI RAYA...walaupun agak terlewat sikit hahahaha biasa lah sibuk dengan tugasan seharian kan,ok hari ni anum nak kongsi resepi biskut raya walaupun dah terlambat apa kata resepi ni anda semua buat untuk anak-anak tersayang..biskut ni fist time anum buat and syukur jadi and abis dah pun resepi simple tapi rasa sedap mesti best kan.. Tak sabar dah nak kongsi resepi ni dia resepi ye

BISKUT TART ROS..

Bahan-bahan
220gm mentega
80gm gula aising
100gm tepung jagung
20gm susu tepung
230gm tepung gandum
1 biji kuning telur
Strawberry filling secukupnya
Cawan kertas

Cara-cara nya

1. Mula-mula kita ayak tepung dan ketepikan.

2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Kemudian masukkan pulak kuning telur dan putar lagi hingga sebati.

3. Masukkan ke dalam adunan tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Dan rehatkan ia selama dalam 10 minit.

4. Canai dan terap adunan dengan acuan bulat setebal 3mm (Jika tebal leperkan sedikit dengan jari)

5. Picit sedikit filing strawberry di tengahnya. Kemudian dengannmenggunakan hujung spatula, lipat sikit hingga menjadi bentuk seperti bulan sabit. Buat sampai habis.

6. Last cantumkan kedua belah sampai nampak ia jadi kelopak bunga rose dan alihkan ke dalam paper cup.

7. Bakar pada suhu 120°c selama 25 minit atau hingga masak.












Ok semua selamat mencuba, kita akan bersama lagi degan resepi simple tetapi menarik di lain kali.. Salam aidilfitri semua maaf zahir batin dari resepi simple anum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan