Khamis, 28 Julai 2016

MEE BANDUNG SIMPLE

Assalammualaikum.....dah lama cik anum tak tulis kan so hari ni anum nak kongsi resepi simple buat mee bandung ,resepi ni anum olah sebab nak bagi tambah sedap dan bagi mudah untuk semua orang masak.. Anum ni suka lauk banyak so resepi ni banyak bahan lauk pauk ye hehehehe sedap ni tau jagan lupa untuk mencuba dan bagi komen lepas dah cuba ye sebab setiap orang lain pegalaman ye.. Selamat mencuba semua...

RESEPI MEE BANDUNG

Bahan-bahan
 Mee kuning (di rebus)
 1 labu bawang merah besar.
 4 ulas bawang putih.
 3 sudu cili kisar.
 2 sudu besar kacang tanah *digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus.
 1 sudu besar udang kering (tumbuk) *kalau suka boleh lebihkan yer.
 Ayam /Sotong /Udang *ikut suka nak letak apa.
 Sos cili.
 Sos tiram 1 sudu besar.
 Kiub pati ayam.
 Garam,gula secukup rasa.
 Telur,Fishball,fishcake.
 Sayur sawi.
 Cili padi merah/ cili besar.

 Hiasan
 Daun sup.
 Limau kasturi
 Bawang goreng.
.
Cara
1. Kisar bawang dan tumis dgn cili kisar.
2. Tumis sampai cili masak dan wangi.
3. Kemudian masukkan udang kering dan kacang tanah.
4. Kemudian kacau sampai garing.
5. Kemudian masuk kan ayam yang dipotong kecil-kecil dan sedikit air.
6. Kacau ayam sampai separuh masak kemudian boleh lah kita tambah air untuk 
     kuah.
7. Lepas itu boleh lah ambik kiub pati ayam, garam, gula masuk kan dalam periuk.
8. Masuk kan yang lain-lain sotong/ udang/ fishball/ fishcake.
9. Kemudian pecahkan telur dan masuk kan dalam periuk.
10.Last sekali masukkan sayur.
11. Bila dah siap semua boleh lah di hidang dan di hias.

Ok SELAMAT MENCUBA SEMUA.. RESEPI SIMPLE ANUM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan