Khamis, 28 Julai 2016

MEE BANDUNG SIMPLE

Assalammualaikum.....dah lama cik anum tak tulis kan so hari ni anum nak kongsi resepi simple buat mee bandung ,resepi ni anum olah sebab nak bagi tambah sedap dan bagi mudah untuk semua orang masak.. Anum ni suka lauk banyak so resepi ni banyak bahan lauk pauk ye hehehehe sedap ni tau jagan lupa untuk mencuba dan bagi komen lepas dah cuba ye sebab setiap orang lain pegalaman ye.. Selamat mencuba semua...

RESEPI MEE BANDUNG

Bahan-bahan
 Mee kuning (di rebus)
 1 labu bawang merah besar.
 4 ulas bawang putih.
 3 sudu cili kisar.
 2 sudu besar kacang tanah *digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus.
 1 sudu besar udang kering (tumbuk) *kalau suka boleh lebihkan yer.
 Ayam /Sotong /Udang *ikut suka nak letak apa.
 Sos cili.
 Sos tiram 1 sudu besar.
 Kiub pati ayam.
 Garam,gula secukup rasa.
 Telur,Fishball,fishcake.
 Sayur sawi.
 Cili padi merah/ cili besar.

 Hiasan
 Daun sup.
 Limau kasturi
 Bawang goreng.
.
Cara
1. Kisar bawang dan tumis dgn cili kisar.
2. Tumis sampai cili masak dan wangi.
3. Kemudian masukkan udang kering dan kacang tanah.
4. Kemudian kacau sampai garing.
5. Kemudian masuk kan ayam yang dipotong kecil-kecil dan sedikit air.
6. Kacau ayam sampai separuh masak kemudian boleh lah kita tambah air untuk 
     kuah.
7. Lepas itu boleh lah ambik kiub pati ayam, garam, gula masuk kan dalam periuk.
8. Masuk kan yang lain-lain sotong/ udang/ fishball/ fishcake.
9. Kemudian pecahkan telur dan masuk kan dalam periuk.
10.Last sekali masukkan sayur.
11. Bila dah siap semua boleh lah di hidang dan di hias.

Ok SELAMAT MENCUBA SEMUA.. RESEPI SIMPLE ANUM

Selasa, 12 Julai 2016

BISKUT TART ROSE

Hai semua SELAMAT HARI RAYA...walaupun agak terlewat sikit hahahaha biasa lah sibuk dengan tugasan seharian kan,ok hari ni anum nak kongsi resepi biskut raya walaupun dah terlambat apa kata resepi ni anda semua buat untuk anak-anak tersayang..biskut ni fist time anum buat and syukur jadi and abis dah pun resepi simple tapi rasa sedap mesti best kan.. Tak sabar dah nak kongsi resepi ni dia resepi ye

BISKUT TART ROS..

Bahan-bahan
220gm mentega
80gm gula aising
100gm tepung jagung
20gm susu tepung
230gm tepung gandum
1 biji kuning telur
Strawberry filling secukupnya
Cawan kertas

Cara-cara nya

1. Mula-mula kita ayak tepung dan ketepikan.

2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Kemudian masukkan pulak kuning telur dan putar lagi hingga sebati.

3. Masukkan ke dalam adunan tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Dan rehatkan ia selama dalam 10 minit.

4. Canai dan terap adunan dengan acuan bulat setebal 3mm (Jika tebal leperkan sedikit dengan jari)

5. Picit sedikit filing strawberry di tengahnya. Kemudian dengannmenggunakan hujung spatula, lipat sikit hingga menjadi bentuk seperti bulan sabit. Buat sampai habis.

6. Last cantumkan kedua belah sampai nampak ia jadi kelopak bunga rose dan alihkan ke dalam paper cup.

7. Bakar pada suhu 120°c selama 25 minit atau hingga masak.












Ok semua selamat mencuba, kita akan bersama lagi degan resepi simple tetapi menarik di lain kali.. Salam aidilfitri semua maaf zahir batin dari resepi simple anum..

Jumaat, 24 Jun 2016

PUDING MILO SIMPLE SEDAP ANUM

PUDING MILO


PUDING MILO

Bahan-bahan:

20gm agar-agar tali
5 cawan air
1 tin susu pekat manis
1/2 cawan gula
1/2 cawan koko - bancuh dengan sedikit air panas

Cara:

1. Rendam agar-agar 1 jam atau lebih.
2. Cuci bersih agar-agar dan toskan.
3. Masak agar-agar dengan 5 cawan air hingga larut.
4. Masukkan gula dan susu pekat manis. Kacau hingga larut. Pastikan api yang digunakan tidak terlalu besar.
5. Tambahkan larutan koko. Kacau sebati.
6. Masak hingga mendidih dan tuang ke dalam acuan yang digemari.
7. Sejuk beku sebelum dihidangkan.

BISKUT CORNFLAKE SIMPLE SEDAP ANUM


                                            Biskut cornflake simple sedap anum

Hai semua.. Hari ini anum kongsi resepi simple yang lain sikit sebab dah nak raya-raya ni kan ,rasa semangat nak raya hahahaha dah macam budak-budak pulak kan, hmmm biskut ni tiap-tiap tahun mesti ada sebab nya biskut ni mudah nak buat kira nya budak-budak pun boleh tolong buat nya, bahan pun tak banyak kira nya bahan ye apa yang ada di dapur rumah kita je pada sapa-sapa yang sibuk dan balik kerja lambat macam anum ni boleh la cuba buat biskut ni ok

Bahan-bahan nya

150gm butter
 75gm gula caster
75 gm coklat masakan
Cornflake secukup nya (brand nestly)
 25gm coklat urai warna warni bagi cantik

Cara nya
~ Mula-mula kita pukul buttter dan gula caster sampai sebati and gula itu hancur sebati dengan butter
~ kemudian kita cair kan coklat masakan guna cara doubleboile.
~ bila coklat dah mula cair masuk kan butter and gula tadi dalam coklat.
~ kemudian masuk kan cornflake dalam bekas tu..
~ kita ambil sudu dan masuk kan dalam papercup
~ taruh coklat urai atas cornflake tadi dan bakar pada suhu 25°C selama 20-25min

Ok bila dah siap boleh lah di simpan dalam bekas kedap udara ,memang lazat di makan..SELAMAT MENCUBA SEMUA.. Resepi simple anum✌😘

POPIA MILO SIMPLE SEDAP ANUM

Hai semua…hari ini anum nak kongsi resepi mudah dan simple
je ,and boleh buat jual hehehhe ,Popia Milo simple sedap anum bahan-bahan pun senang nak dapat dan rasa nya sentiasa ada dekat setiap rumah ..Anak and budak-budak pun suka makan, biasa la kan ada milo budak-budak ni bab milo je laju nak makan,Senang pun nak buat nya,ok ni anum komgi resepi ye...

Bahan nya:
Kulit popia (ikut suka nak banyak mana )
Milo (secukup nya)
Gula halus
Minyak untuk goreng

Cara-Cara nya:

1 . MULA-MULA KITA GULUNG KULIT POPIA IKUT SUKA, TAPI JAGAN TEBAL SANGAT  DAN JANGN NIPIS SANGAT NYE..

2 .  LEPAS DAH SIAP GULUNG KULIT POPIA ITU KITA  BIAR KAN DULU SAMPAI KULIT POPIA ITU JADI KERAS ,(PROSES NI UNTUK KULIT POPIA ITU TIDAK SERAP MINYAK OK)DALAM 5-10MINIT

3.   BILA DAH CUKUP KERING KULIT POPIA ITU KITA GORENG GARING-GARING YE, KEMUDIAN KITA TOS KAN MINYAK SAMPAI BETUL-BETUL DAH TIDAK ADA MINYAK SUPAYA KULIT POPIA KITA TIDAK LEMAU BILA MASUK DALAM BOTOL NATI.

4.   KEMUDIAN KITA SEKALI KAN MILO DAN GULA HALUS..YANG INI KITA AGAK-AGAK JE YE SEBAB IKUT KUANTITI KULIT POPIA MASING-MASING.

5.   OK BILA MINYAK  PADA KULIT POPIA KITA DAH KERING, BOLEH  LAH KITA MASUK KE PROSES MENGAUL RATA ..

OK BILA DAH SIAP SEMUA BOLEH LAH DI SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA DAN BOLEH LAH DI JAMU PADA TETAMU NATI.. TAPI RASA YE ANAK-ANAK AKAN SERBU DULU HEHEHEHE OK SEMUA SELAMAT MENCUBA RESEPI SIMPLE ANUM NI OK..✌💋



Selasa, 21 Jun 2016

KUAH DURIAN SIMPLE ANUM

Hai semua hari tu anum post kan cara buat roti jala kan , pasti ramai yang terliur tengok kuah durian itu kan ok and sekarang anum post kan pulak cara untuk nak masak kuah durian, ha lepas ni boleh lah makan roti jala kuah durian kan ..pasti sedap di nikmati..lepas ni anum akan post kan cara masak kari ayam yang super simple sedap Hehehe nati kan yer, ok sekarang aum kongsi kan dulu cara dan bahan untuk nak masak kuah durian yer super simple sedap..

Kuah durian ..

Bahan
1-2 biji durian (ambil isi durian dan simpan jugak beberapa biji durian)
2 cawan gula
1/2 jak air(kalau tak nak manis sangat tambah air )
2 cawan santan pekat

Cara nya

  • Ok cara nya mudah je mula-mula kita masuk kan semua bahan dalam periuk kecuali santan .
  • Masuk kan isi durian dan masuk kan sedikit biji durian tu dalam periuk,kita masak sampai biji durian jadi lembut.
  • Bila kuah dah agak pekat sikit masuk kan santan,dan kacau rata kemudian kita biar kan sekejap.
  • Bila kuah dah agak pekat tutup api .
Bila dah masak boleh lah di makan begitu sahaja atau makan degan roti biasa pun sedap tapi lagi sedap di makan dengan roti jala hahahahaha , ha apa tunggu lagi boleh lah cuba resepi simple ni yer ok SELAMAT MENCUBA SEMUA.. Super simple sedap dari anum..


ROTI JALA SIMPLE

Hai !! Semua hari ini anum nak kongsi resepi simple untuk buat kuih jala dulu ,nati anum baru anum kongsi cara untuk buat kuah roti jala ye, sebab roti jala ni kita boleh makan dengan bermacam jenis kuah dan ada jugak yang berlauk tau jangan tak tqhu pulak yer ,resepi roti jala yang anum nak kongsi ni jenis biasa je atau Lebih mudah roti jala kosong jer.. Sebenar ye mudah je nak masak roti jala ni ,tapi nak kena ada tangan seni jugak nak menjala ye ,apa tak ye kalau salah jala jadi lain rupa ye hehehehe.. Masa mula-mula anum nak belajar menjala dulu pun takut jugak anum sendiri tengok rupa yer tapi alhamdulilah rasa ye tetap sedap hahahhaha.. Tapi sekarang dah mudah dah ada botol untuk menjala ,kalau tak jadi jugak tak tahun lah anum nak cakap apa hahahhaha.. Ok semua ni dia resepi yer..

Bahan-bahan nya
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning or hijau
Sedikit garam

Cara nya


  1. Mula mula kita ambil semua bahan satu kan dalam besen.
  2. Kemudian kita whisk atau gaul kan semua bahan tadi sampai semua nya sekata dan sebati.
  3. Bila semua dah sekata kita tapis dulu adunan supaya tidak berketul.
  4. Hasil tapisan itu kita masuk kan dalam botol jala, jadi boleh lah kita menjala atas kuali leper kita.
  5. Bila dah agak masak ,iaitu atas ye tak basah dah ,boleh lah kita gulung kan…and hidang bersama kuah kegemaran kita ✌
Ha itu lah cara dan bahan ye mudah kan untuk buat kuih jala ni.. Di lain post anum akan kongsi pulak resepi kuah durian yang macam dalam gambar tu dan kuah kari ,jadi boleh la di makan bersama roti jala ni nati kan hehehehe.. Ok SELAMAT MENCUBA semua resepi simple anum yang memang cukup simple dan mudah rasa yer juga sedap tau...👍😘