Jumaat, 24 Jun 2016

PUDING MILO SIMPLE SEDAP ANUM

PUDING MILO


PUDING MILO

Bahan-bahan:

20gm agar-agar tali
5 cawan air
1 tin susu pekat manis
1/2 cawan gula
1/2 cawan koko - bancuh dengan sedikit air panas

Cara:

1. Rendam agar-agar 1 jam atau lebih.
2. Cuci bersih agar-agar dan toskan.
3. Masak agar-agar dengan 5 cawan air hingga larut.
4. Masukkan gula dan susu pekat manis. Kacau hingga larut. Pastikan api yang digunakan tidak terlalu besar.
5. Tambahkan larutan koko. Kacau sebati.
6. Masak hingga mendidih dan tuang ke dalam acuan yang digemari.
7. Sejuk beku sebelum dihidangkan.

BISKUT CORNFLAKE SIMPLE SEDAP ANUM


                                            Biskut cornflake simple sedap anum

Hai semua.. Hari ini anum kongsi resepi simple yang lain sikit sebab dah nak raya-raya ni kan ,rasa semangat nak raya hahahaha dah macam budak-budak pulak kan, hmmm biskut ni tiap-tiap tahun mesti ada sebab nya biskut ni mudah nak buat kira nya budak-budak pun boleh tolong buat nya, bahan pun tak banyak kira nya bahan ye apa yang ada di dapur rumah kita je pada sapa-sapa yang sibuk dan balik kerja lambat macam anum ni boleh la cuba buat biskut ni ok

Bahan-bahan nya

150gm butter
 75gm gula caster
75 gm coklat masakan
Cornflake secukup nya (brand nestly)
 25gm coklat urai warna warni bagi cantik

Cara nya
~ Mula-mula kita pukul buttter dan gula caster sampai sebati and gula itu hancur sebati dengan butter
~ kemudian kita cair kan coklat masakan guna cara doubleboile.
~ bila coklat dah mula cair masuk kan butter and gula tadi dalam coklat.
~ kemudian masuk kan cornflake dalam bekas tu..
~ kita ambil sudu dan masuk kan dalam papercup
~ taruh coklat urai atas cornflake tadi dan bakar pada suhu 25°C selama 20-25min

Ok bila dah siap boleh lah di simpan dalam bekas kedap udara ,memang lazat di makan..SELAMAT MENCUBA SEMUA.. Resepi simple anum✌😘

POPIA MILO SIMPLE SEDAP ANUM

Hai semua…hari ini anum nak kongsi resepi mudah dan simple
je ,and boleh buat jual hehehhe ,Popia Milo simple sedap anum bahan-bahan pun senang nak dapat dan rasa nya sentiasa ada dekat setiap rumah ..Anak and budak-budak pun suka makan, biasa la kan ada milo budak-budak ni bab milo je laju nak makan,Senang pun nak buat nya,ok ni anum komgi resepi ye...

Bahan nya:
Kulit popia (ikut suka nak banyak mana )
Milo (secukup nya)
Gula halus
Minyak untuk goreng

Cara-Cara nya:

1 . MULA-MULA KITA GULUNG KULIT POPIA IKUT SUKA, TAPI JAGAN TEBAL SANGAT  DAN JANGN NIPIS SANGAT NYE..

2 .  LEPAS DAH SIAP GULUNG KULIT POPIA ITU KITA  BIAR KAN DULU SAMPAI KULIT POPIA ITU JADI KERAS ,(PROSES NI UNTUK KULIT POPIA ITU TIDAK SERAP MINYAK OK)DALAM 5-10MINIT

3.   BILA DAH CUKUP KERING KULIT POPIA ITU KITA GORENG GARING-GARING YE, KEMUDIAN KITA TOS KAN MINYAK SAMPAI BETUL-BETUL DAH TIDAK ADA MINYAK SUPAYA KULIT POPIA KITA TIDAK LEMAU BILA MASUK DALAM BOTOL NATI.

4.   KEMUDIAN KITA SEKALI KAN MILO DAN GULA HALUS..YANG INI KITA AGAK-AGAK JE YE SEBAB IKUT KUANTITI KULIT POPIA MASING-MASING.

5.   OK BILA MINYAK  PADA KULIT POPIA KITA DAH KERING, BOLEH  LAH KITA MASUK KE PROSES MENGAUL RATA ..

OK BILA DAH SIAP SEMUA BOLEH LAH DI SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA DAN BOLEH LAH DI JAMU PADA TETAMU NATI.. TAPI RASA YE ANAK-ANAK AKAN SERBU DULU HEHEHEHE OK SEMUA SELAMAT MENCUBA RESEPI SIMPLE ANUM NI OK..✌💋



Selasa, 21 Jun 2016

KUAH DURIAN SIMPLE ANUM

Hai semua hari tu anum post kan cara buat roti jala kan , pasti ramai yang terliur tengok kuah durian itu kan ok and sekarang anum post kan pulak cara untuk nak masak kuah durian, ha lepas ni boleh lah makan roti jala kuah durian kan ..pasti sedap di nikmati..lepas ni anum akan post kan cara masak kari ayam yang super simple sedap Hehehe nati kan yer, ok sekarang aum kongsi kan dulu cara dan bahan untuk nak masak kuah durian yer super simple sedap..

Kuah durian ..

Bahan
1-2 biji durian (ambil isi durian dan simpan jugak beberapa biji durian)
2 cawan gula
1/2 jak air(kalau tak nak manis sangat tambah air )
2 cawan santan pekat

Cara nya

  • Ok cara nya mudah je mula-mula kita masuk kan semua bahan dalam periuk kecuali santan .
  • Masuk kan isi durian dan masuk kan sedikit biji durian tu dalam periuk,kita masak sampai biji durian jadi lembut.
  • Bila kuah dah agak pekat sikit masuk kan santan,dan kacau rata kemudian kita biar kan sekejap.
  • Bila kuah dah agak pekat tutup api .
Bila dah masak boleh lah di makan begitu sahaja atau makan degan roti biasa pun sedap tapi lagi sedap di makan dengan roti jala hahahahaha , ha apa tunggu lagi boleh lah cuba resepi simple ni yer ok SELAMAT MENCUBA SEMUA.. Super simple sedap dari anum..


ROTI JALA SIMPLE

Hai !! Semua hari ini anum nak kongsi resepi simple untuk buat kuih jala dulu ,nati anum baru anum kongsi cara untuk buat kuah roti jala ye, sebab roti jala ni kita boleh makan dengan bermacam jenis kuah dan ada jugak yang berlauk tau jangan tak tqhu pulak yer ,resepi roti jala yang anum nak kongsi ni jenis biasa je atau Lebih mudah roti jala kosong jer.. Sebenar ye mudah je nak masak roti jala ni ,tapi nak kena ada tangan seni jugak nak menjala ye ,apa tak ye kalau salah jala jadi lain rupa ye hehehehe.. Masa mula-mula anum nak belajar menjala dulu pun takut jugak anum sendiri tengok rupa yer tapi alhamdulilah rasa ye tetap sedap hahahhaha.. Tapi sekarang dah mudah dah ada botol untuk menjala ,kalau tak jadi jugak tak tahun lah anum nak cakap apa hahahhaha.. Ok semua ni dia resepi yer..

Bahan-bahan nya
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning or hijau
Sedikit garam

Cara nya


  1. Mula mula kita ambil semua bahan satu kan dalam besen.
  2. Kemudian kita whisk atau gaul kan semua bahan tadi sampai semua nya sekata dan sebati.
  3. Bila semua dah sekata kita tapis dulu adunan supaya tidak berketul.
  4. Hasil tapisan itu kita masuk kan dalam botol jala, jadi boleh lah kita menjala atas kuali leper kita.
  5. Bila dah agak masak ,iaitu atas ye tak basah dah ,boleh lah kita gulung kan…and hidang bersama kuah kegemaran kita ✌
Ha itu lah cara dan bahan ye mudah kan untuk buat kuih jala ni.. Di lain post anum akan kongsi pulak resepi kuah durian yang macam dalam gambar tu dan kuah kari ,jadi boleh la di makan bersama roti jala ni nati kan hehehehe.. Ok SELAMAT MENCUBA semua resepi simple anum yang memang cukup simple dan mudah rasa yer juga sedap tau...👍😘

Isnin, 20 Jun 2016

JEJARI ROTI SIMPLE SEDAP ANUM

Hai.. semua ,resepi ni memang simple dan sedap ,anum yakin memang semua suka tak kira umur yang penting buat budak- budak memang suka makan ,resepi ni memang rangup ,ok anum kongsi kan resepi dan cara nak buat roti jejari ni..

JEJARI ROTI SIMPLE ANUM

Bahan nya:
ROTI SECUKUP YE
2-3 BIJI TELUR@ kalau guna tepung bancuh tepung gandum dengan air
1 sudu kecil garam
Serbuk roti secukup nya
Minyak

Cara nya

  1. Ok mula-mula kita potong roti memanjang.
  2. Pukul telur dengan sikit garam atau yang mana guna tepung tu ikut cara yang anum bagi tahu tu ye.
  3. Kemudiann celup kan roti tadi ke dalam telur  atau tepung
  4. Goreng roti sampai masak atau agak keemasan.
  5. Akhir sekali bila dah masak kita angkat dan tos dengan tapis yang boleh tos minyak atau guna tisu.
  6. Kemudian boleh la di makan dengan sos 
Ha tu la cara dan bahan ye tak susa kan ,yang penting sedap dan mudah ok selamat mencuba semua



PULUT PAGANG SIMPLE SEDAP

Hai hari ni. Anum kongsi resepi pulut pagang .resepi ni simple dan sedap jer jadi kepada pembaca resepi simple anum jagan lupa untuk mencuba k, resepi Pulut pangang ni anum ambik dari mak anum yangd tercinta k, dah nama pun resepi dari mak semesti ye sedap kan.gambar tu anum abil lepas berbuka maka tingal banyak tu je la yang sempat di tinggal kan kejap,lepas snap je gambar terus abis licin kuih ni. Biasa la kat rumah tengah ramai orang memang semua masak pasti abis hehehehe ,ok sampai sini dulu bebelan anum kat bawah lepas abis jer resepi anum tulis lagi ok sebab anum tahu pasti anda tak sabar-sabar nak tahu resepi pulut pangang yang enak sangat-sangat ni kan ..✌


Bahan-bahan
8 sudu besar Anak udang( tumbuk tapi jagan lumat sangt )
4 sudu besar Cili blander
300g Kelapa putih
1-2 batang serai (di tumbuk lumat)
Serbuk kunyit
Garam
Gula
Pulut (kita rendam dalam 1-2 jam)
Daun pisang secukup nya

Cara
  • Mula-mula kita ambil kuali dan panas kan kemudian masuk kan semua bahan-bahan kecuali pulut .
  • Gunakan Api perlahan ,dan masak semua samapai semua bahan betul-betul masak.
  • Kemudian kita basuh beras pulut yang di rendam tadi untuk nak di kukus pulut pulak,tapi jagan samapi masak kita kukus dalam 20 minit.
  • Bila pulut dah masak sikit kita biar kan sejuk sekejap, kemudian kita leper kan dan taruh inti udang tu tadi.
  • Bila dah siap taruh inti kita balut degan daun pisang dan stepler kanan kiri hujung pulut pangang tu.
  • Bila dah siap kita bakar pulut pangang tu samapi masak 
Ha tu la cara dan bahan yer mudah kan SELAMAT MECUBA SEMUA.. 

KUAH LAKSA SIMPLE MAK ANUM

   Hai,apa khabar semua pembaca blog resepi simple anum,ok hari itu ada orang tanya anum resepi untuk buat kuah laksa kan ,kali ni anum nak kongsi resepi simple buat kuah laksa tu untuk tatapan semua ye ,awal-awal anum bagi tahu resepi ni anum belajar dari mak kesayangan anum,dulu masa anum kecik-kecik mak siap berniaga laksa lagi kat tempat kerja mak dan pembantu yer of courst la tak lain tak bukan anum..hehehe..
   Anum bukan nak puji lebih-lebih masakan mak anum tapi masakan mak anum ni memang sedap sangat itu pasal lah kawan-kawan mak suruh jual ,dan anum membesar pun dengan masakan nya thank you mak love you ketat-ketat, di sebab kan masakan mak jugak lah anum dah membesar bagai johan dan sampai kini mak masih mengunakan air tangan ye untuk memberi makan anak cucu yer LOVE YOU MAK..degan air tangan mak mak membesar kan anum and Anum harap anum dapat makan masakan mak sampai bila-bila,forever of my life..
     Hai dah termasuk kisah sedih lah pulak resepi simple anum ni ,sebelum anum cerita orang kata lagi mendalam, anum kongsi kan dulu resepi kuah laksa mak anum yang simple sedap ni...

Bahan-bahan
1/2kg Ikan rebus
Cili belender (ikut suka nak pedas letak bayak sikit)
6 helai daun cendehom
2 kuntum bunga kantan
4 batang Serai (di ketuk)
3 keping asam kepimg
Beberapa helai daun pudina( nak bagi wangi )
Garam( secukup rasa ye)

Cara

  1. Mula-mula kita rebus kan ikan, kemudia kita tapis dan ambil isi ikan sahaja, kemudian kita balander sampi lumat dan sekata.
  2. Kita ambil periuk masuk kan air dalam periuk.(guna air rebusan ikan pun ok janji bersih dan suci ye tapi jagan semua ).
  3. Kemudian masuk kan cili balander, daun cendehom,bunga kantan, serai, dan asam keping.kemudian kacau-kacau kejap bagi semua sebati.
  4. Kita renih kan dalam 10 - 15 min.
  5. Bila dah agak pekat sikit kuah tu kita masuk kan daun pudina dan garam.
  6. Akhir sekali kita rasa kuah laksa kita bila dah sedap boleh lah di hidang bersama laksa kita.
  7. Laksa tu kita rebus dulu yer baru makan bersama kuah laksa ..

Ok tu la resepi ye SELAMAT MENCUBA SEMUA,Ni la laksa yang selalu mak buat dulu dengan penuh kasih sayang dan menjadi idaman anum hingga kini dan selama nya tak kan ku lupa..💝💝💝

MASAK LEMAK TELUR SIMPLE ANUM

Hai..salam satu Malaysia semua bembaca setia blog resepi simple anum,hari ni anum nak kongsi resepi kegemaran anum dari kecil sampai la sekarang ni, resepi ni memang kena ada dalam sebulan kalau tidak rasa tak lengkap hidup ku ini hahahhaha.. Apa-apa pun resepi ni mak anum kongsi kan pada anum and anum kongsi kan pada semua ,biar semua pun dapat rasa masak makanan ni ,anum kalau ada lauk ni dengan nasi panas pun dah cukup tak payah ada yang lain hahahhaha biasa la anum dah biasa hidup susah ni ,jadi apa yang ada kita makan yang penting masuk mulut kenyang Hehehehe.Bahan nya pun tak susah nak dapat simple je ,tapi sedap tak terperi ok ni dia bahan and cara yer...

Bahan nya:
4 biji telur itik (kalau takder telur ayam pun tak per)
8 biji cili api (di tumbuk)
1 inci kunyit (di tumbuk)
500g santan
sedikit Daun kunyit
Garam secukupnya

Caranya:

  1. Mula-mula masuk kan santan dan bahan yang di tumbuk ke dalam periuk dan di masak.
  2. Kacau sebati bahan sampai menggelegak.
  3. Kemudian masukkan telur satu persatu yer tapi jagan lupa basuh telur tu dulu tau karang termasuk pulak kulit telur kotor 
  4. Seterus nya masukkan daun kunyit.
  5. Akhir sekali reneh kan samapi masak.
Bila dah siap masak boleh lah di hidang dan dihias kan cantik-cantik yer ok semua selamat mencuba nya..✌

KUIH GEGETAS SIMPLE SEDAP ANUM

Hai semua .. Dah lama anum meyepi kan ,ok hari ni anum nak kongsi resepi simple je untuk buat Kuih Gegetas, kuih ni dulu anum pun tak berapa suka and tak reti nak makan but lepas dah rasa sedap jugak rasa kuih ni so ni dia resepi simple untuk buat kuih ni resepi ni datang ye dari my mom k ,sapa-sapa minat nak rasa and ada yang suka boleh la keep try ok ✌

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1/2 biji kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
Sedikit air
Minyak untuk nak menggoreng

Untuk Sira:
1 cawan gula
1/2 cawan air
2 helai daun pandan disimpul

Cara Nya:



1. Mula-mula kita campurkan kesemua bahan dalam bekas.
2. Masuk kan air sikit-sikit dalam bekas tadi dan uli sampai tepung tidak melekat di    
     jari
3. Kita cubit adunan sebesar bola ping pong dan bulat-bulat kan sampai adunan
     habis.
4. Kemudian kita leperkan.
5. Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana

Untuk sira

1.Masukkan gula,air dan daun pandan kemudian masak dgn api sederhana sehingga
    berbuih.
2. Kemudian masukkan kuih getas yang dah siap digoreng tadi
3. Kacau sampai gula sebati kat kuih gegetas tadi
4. Siap boleh la di hidang panas-panas.

Ha tu la resepi dan cara ye ,mudah kan..tak susah pun nak cari bahan dan yang paling penting sedap di makan kan ,dah masak sendiri ni boleh la buat banyak- banyak dan makan sepuas ye kan ,tak payah nak fikir habis duit beli kat luar yang belum tentu sedap.masakan sendiri ni terjamin kerbersihan dan kehalalnya kan ok semua selamat mencuba ye..👍👧

Selasa, 14 Jun 2016

TOMYAM SEDAP SEMPLE ANUM



 Hai hari ni anum nak kongsi resepi Tomyam sememang ye sedap dan simple ,pos kali ni anum serta kan dengan gambar sekali sebab ada yang cakap anum tak buat resepi yang anum tulis ,jadi oleh sebab itu anum pos gambar yang anum masak sory kalau x cantik ye.sebenar ye anum tak berkesempatan nak upload gambar sebab anum nak cepat biasa la sibuk dengan tugas seharian harian la kata kan ,apa-apa pun resepi ni mak anum kongsi dengan anum jadi anum kongsi dengan semua sebab ia nya mudah nak buat. Kepada sesiapa yang sibuk dengan kerja tu memang sesuai sangat mencuba resepi resepi anum ni..👧



Bahan-bahan
4-6 batang serai
3 helai daun limau purut
3 kepimg asam keping
3 hirisan  halia
Cili padi (di ketuk) ikut nak pedas bayak mana 
Kiub pati Tomyam (tak kisah nak brand apa tapi brand maggi sedap)
Garam
Bahan laut( tak kisah nak taruh udang ,sotong, fishkid dan lain-lain)
Sayuran(tengok gambar ye kalau nak tamabah lain ikut suka ok)

Cara
  1. Ok semua mula-mula panas kan periuk ,masuk kan air (jumlah air ikut periuk masing-masing yer nak banyak mana) dan masuk kan bersama kiub ,udang, sotong, daun limau purut, asam keping dan serai.
  2. Kita biar kan dalam 10min.
  3. Kemudian perlahankan api dan masuk kan cili padi dan halia.
  4. Kita masukkan sayur-sayuran,kalau masuk kan tomato tu biar last ye sabb tomato cepat masak nati lembik sangat pulak.
  5. Ok akhir sekali kita reneh kan tomyam kita dalam 10min.
Ha simple kan ok SELAMAT MENCUBA SEMUA harap- harap apa yang anda masak akan sentiasa menjadi ingt-ingatan dan sedap dengan mencuba resepi simple anum ni, air tangan ibu merupakan masakan yang paling terbaik di dunia ..tanpa masakan mereka kita tak dapat membesar degan sihat dan hebat kan..💋💕



Khamis, 9 Jun 2016

MASALAWADEH SIMPLE SEDAP

Helo semua..salam sejahtera ok hari ni anum nak kongsi resepi simple dari mak anum memang sedap,
kakak-kakak ku semua suka makana ni ,maknan ni asal ye dari india tapi kita kan satu malaysia jadi semua jenis makanan kita boleh cuba kan tapi yang penting halal dan bersih ye.. Ok semua ni dia resepi ye

Bahan-bahan ye
8 tangkai Cili kering( kita potong -potong) kalau kita nak guna cili merah atau hijau pun boleh ikut citarasa sendiri.
2 labu Bawang besar (kita potong dadu)
2 sudu besar Jintan kasar(tumbuk sikit)
3 tangkai daun kari
Garam
Minyak
Kacang dal (ikut suka nak bayak mana) kacang dal ni kita rendam dalam 2jam dulu 

Cara-cara yer

  • Mula-mula kacang dal yang dah siap di rendam tadi kita blander dulu tapi jagan semua yer ,tinggal kan dalam segemgam tangan kalau tangan tu kecil buat la dua gemgam ye 
  • Bila dah blander kita tapis kacang dal dan masukkan dalam mangkuk
  • Air tapisan tu jangan buang semua dulu kita ambik mendakan tu dan cambur kan dalam dal kita.
  • Dalam mangkuk tu kita campur kan semua bahan kecuali minyak
  • Kita panas kan minyak,sambil tu kita bulat2 kan masalawadeh kita macam dalam gambar 
Ok semua SELAMAT MECUBA jangan lupa untuk cuba resepi ni dan semua resepi-resepi yang ada dalam resepi simple anum ni di harap anda semua tak ragu-ragu dalam mecuba resepi ni semua gambar yang ada adalah gambar hasil dari pada apa yang anum dah buat mengunakan resepi yag anum tulis ni ,ok terima kasih semua...


Selasa, 7 Jun 2016

AYAM GORENG NESTUM SIMPLE ANUM

Hai ok hari ni anum nak kongsi resepi ayam goreng yang lain cikit ,anum olah kan bagi nampak lain sikit, bagi nampak sedap hahaha jemu jugak kan asik makan ayam goreng biasa je ..kali ni anum tamabah bahan yang mmg semua anum pasti semua suka iaitu nestum..nestum ni selain berkhasist ia jugak dapat membantu diet seharian kita, klau ada anak-anak yang mmg sush sangt nak mkn nasi tu kira resepi ni mmg membantu anda sebab anda tak perlu risau dia orang makan ayam ni pun dh boleh kenyang hehehe ok ni anum syer resepi yer ok..

Bahan-bahan nye
15 ketul ayam
2 sudu kecil serbuk lada
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
Garam
1 biji telur (di pukul )
Nestum
Minyak

Cara nye

  1. Mula mula kita perap ayam bersama garam dan lada selama 1 jam.
  2. Kita panas kan minyak, sambil tu kita campur kn dua dua tepung tdi
  3. Kita ambil ayam perapan dan masuk kan ke dalan adunan tepung,golek kan
  4. Gaul rata ayam2 tu kemudian celup dalam telur dan oleskan dalam nestum
  5. Kita goreng ayam tu sampai ayam kekuningan dan sampai masak.
  6. Bila dah masak sedia di hidang dan di makn 
Ok semua sampai sini dulu resepi simple anum esok anum cuba untuk syer resepi biskut-biskut yang sedap pulak k ..apa apa pun SELAMAT MECUBA SEMUA ..

Ahad, 5 Jun 2016

RESEPI APAM BALIK SIMPLE RANGUP SEDAP


Hai apa kata anda semua try buat sendiri apam balik anda mmg mudah sedap dan mudah nak di buat tapi kena ada time jugak nk buat yer hehehe yang penting kita boleh buat sendiri kuih kita kan and kita tahu apa yang ada dalam yer...ok ni bahan yer and cara….

Bahan-Bahan
½ cawan gula pasir
1 biji telur
1 ½ cawan air
2 cawan tepung gandum
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan Di dalam apam
Gula Pasir
Jagung Krim
Kacang tanah ( ditumbuk kasar )

Cara

1. Blender gula dan telur hingga kembang.kemudian masukkan air dan blend lagi.

2. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, blend smpi sebati.

3. Panaskan kuali dan sapukan planta sedikit.

4. Tuang 1 senduk adunan tadi, nipiskan supaya rangup bila masak.

5. Biarkan seketika, kemudian tabur gula, jagung krim dan kacang dan tutup sekejap.

6. Apabila sudah masak, angkat dan lipat dua. Makan semasa panas lebih sedap dan rangup.

SELAMAT MECUBA SEMUA.. RESEPI NI UNTUK APAM BALIK RANGUP YANG NIPIS KALAU NK TEBAL PUN BOLEH JUGAK TAK DER MASALAH K ..

Sabtu, 4 Jun 2016

AYAM MASAK HIJAU SIMPLE ANUM

Hai semua.. Apa kate kita try buat resepi ni mmg sedap.. Pada sesiapa yang suka mkn lain dari yang lain ni la resepi ye mmg terbaik ...sedap pulak tu ok ni dia resepi yang anum kongsi kan tuk semua ...

Bahan2
8 ketul ayam
2 cawan santan pekat
2 biji teerung (ni kita belah 4 yer)
1 labu bawang besar
1 keping asam gelugor
3 helai daun limau purut
Minyak
Garam

Bahan -bahan ni kita kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
1cm belacan
Sedikit lengkuas
1 batang serai
8 tangkai cili padi (tp pada sapa2 kalau nk pedas lgi boleh tmbah lagi ye)

Cara nyer

  1. Mula-mula kita pans kn minyak & tumis bahan kisar sampai naik bau
  2. Kemudian kita masuk kan ayam dan kacau sampai semua sebati ,kemudian masuk kan terung, garam, dan masuk kan santan .kita masak samapi kuah jadi pekat dan medidih.
  3. Kemudian masuk kan asam gelugur, daun limau purut dan kacau sampai kuah agak kering dan samapi masak
  4. Akhir sekali boleh lah di hidang dan di hias cantik2 ayam masak hijau kita


Ok semua SELAMAT MECUBA SEMUA ... Resepi yang mudah simple dan senang nak buat pada sesiapa yang bze boleh la try resepi ni mmg sedap

Khamis, 2 Jun 2016

RENDANG AYAM SIMPLE SEDAP

Hai semua cuti sekolah ni apa kata kita masak sesuatu yang simple macam masak ayam kan..tp anum rasa nk makan rendang so apa kata anda semua pun cuba try masak rendang ni.. Ok ni resepi yer

BAHAN

15 KETUL AYAM (KITA GORENG SETENGAH MASAK)
21 CILI API (KITA KISAR OR TUMBUK LUMAT)
1/2 INCI KUNYIT HIDUP(KISAR OR TUMBUK LUMAT)
2 BTANG SERAI( DI KETUK)
2 KEPING ASAM GELUGUR
1CWAN SANTAN
GARAM 

CARA

~ MULA MULA KITA PANAS KAN KUALI DAN MASUK KN MINYAK,BILA MINYAK DAH PANAS MASK KN BAHAN KISAR,SANTAN,SERAI,ASAM GELUGUR DAN GARAM

~DAN BIAR KAN RENDANG SEHINGGA SEPARUH KERING.

~ KEMUDIAN KITA MASUK KAN AYAM DAN KACAU SAMPAI KUAH YER KERING CIKIT.

BILA DAH AGAK KERING BOLEH LAH DI HIDANG KAN BERSAMA PULUT ATAU NASI MMG SEDAP DI MAKAN JAGAN LUPA UNTUK CUBA RESEPI NI MMG SEDAP DAN LAZAT DI MAKAN PANS PANAS

Rabu, 1 Jun 2016

SAGU MERAH SUPER SIMPLE SEDAP

Hai, bulan puasa ni kita lebih kurang tenga dari hari biasa di tambah kan lagi dengan kerja hmmm dah la blik kerja time sama jer ,so nak beli kat luar tu takut tak sedap la mahal la so apa kata kita try resepi simple anum ni pasti mudah nk buat yg penting sedap dan jimat kos.. Ok ni bahan and cara untuk buat kuih sagu merah,anum dah buat memang sedp yum..yum..ok semua anum jongsi kan resepi yer..

Bahan-bahan

3-Cawan air
1-Cawan Sagu
1-Sudu Teh Garam
5-Titik Sirap
3/4-Cawan Gula
1/2-Biji Kelapa Putih

Cara-Nya

√ DIDIH KAN AIR BERSAMA SIRAP DAN KACAU SEBATI

√ BILA DAH MENDIDIH BARULAH MASUK KAN SAGU DAN KACAU DALAM 
   10 MIN ATAU SAMPAI SEMUA NYA SEBATI.

√ BILA DAH NAMPAK AGAK PEKAT KITA MASUK KAN GULA TIME NI KITA 
   KACAU SAMPAI PEKAT OK

√ BILA DAH PEKAT KITA ANGKAT DAN TUANG DALAM LOYANG 
   KEMUDIAN KITA  KUKUS

√  KALAU LOYANG KECIL DALAM MASA 10-20MIN DAH MASAK

√ BILA DAH MASAK BIAR KAN SEJUK SEKETIKA

√ SEMENTARA TU KITA CAMPUR KAN KELAPA PUTIH DENGAN SEDIKIT 
   GARAM GAUL SAMPAI. SEKATA

√ BILA DAH SIAP SEMUA GAUL KAN SAGU PADA KELAPA... SIAP UNTUK DI 
   HIDANG.

OK SELAMAT MENCUBA SEMUA RESEPI YANG SIMPLE AND SEDAP .. MAKANAN TRADISIONAL KITA JAGAN SESEKALI KITA LUPA KAN KERANA DENGAN MASAKAN KITA ORANG AKAN MENGENALI IDENTITI KITA..💋