Ahad, 5 Jun 2016

RESEPI APAM BALIK SIMPLE RANGUP SEDAP


Hai apa kata anda semua try buat sendiri apam balik anda mmg mudah sedap dan mudah nak di buat tapi kena ada time jugak nk buat yer hehehe yang penting kita boleh buat sendiri kuih kita kan and kita tahu apa yang ada dalam yer...ok ni bahan yer and cara….

Bahan-Bahan
½ cawan gula pasir
1 biji telur
1 ½ cawan air
2 cawan tepung gandum
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan Di dalam apam
Gula Pasir
Jagung Krim
Kacang tanah ( ditumbuk kasar )

Cara

1. Blender gula dan telur hingga kembang.kemudian masukkan air dan blend lagi.

2. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, blend smpi sebati.

3. Panaskan kuali dan sapukan planta sedikit.

4. Tuang 1 senduk adunan tadi, nipiskan supaya rangup bila masak.

5. Biarkan seketika, kemudian tabur gula, jagung krim dan kacang dan tutup sekejap.

6. Apabila sudah masak, angkat dan lipat dua. Makan semasa panas lebih sedap dan rangup.

SELAMAT MECUBA SEMUA.. RESEPI NI UNTUK APAM BALIK RANGUP YANG NIPIS KALAU NK TEBAL PUN BOLEH JUGAK TAK DER MASALAH K ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan