Isnin, 20 Jun 2016

KUAH LAKSA SIMPLE MAK ANUM

   Hai,apa khabar semua pembaca blog resepi simple anum,ok hari itu ada orang tanya anum resepi untuk buat kuah laksa kan ,kali ni anum nak kongsi resepi simple buat kuah laksa tu untuk tatapan semua ye ,awal-awal anum bagi tahu resepi ni anum belajar dari mak kesayangan anum,dulu masa anum kecik-kecik mak siap berniaga laksa lagi kat tempat kerja mak dan pembantu yer of courst la tak lain tak bukan anum..hehehe..
   Anum bukan nak puji lebih-lebih masakan mak anum tapi masakan mak anum ni memang sedap sangat itu pasal lah kawan-kawan mak suruh jual ,dan anum membesar pun dengan masakan nya thank you mak love you ketat-ketat, di sebab kan masakan mak jugak lah anum dah membesar bagai johan dan sampai kini mak masih mengunakan air tangan ye untuk memberi makan anak cucu yer LOVE YOU MAK..degan air tangan mak mak membesar kan anum and Anum harap anum dapat makan masakan mak sampai bila-bila,forever of my life..
     Hai dah termasuk kisah sedih lah pulak resepi simple anum ni ,sebelum anum cerita orang kata lagi mendalam, anum kongsi kan dulu resepi kuah laksa mak anum yang simple sedap ni...

Bahan-bahan
1/2kg Ikan rebus
Cili belender (ikut suka nak pedas letak bayak sikit)
6 helai daun cendehom
2 kuntum bunga kantan
4 batang Serai (di ketuk)
3 keping asam kepimg
Beberapa helai daun pudina( nak bagi wangi )
Garam( secukup rasa ye)

Cara

  1. Mula-mula kita rebus kan ikan, kemudia kita tapis dan ambil isi ikan sahaja, kemudian kita balander sampi lumat dan sekata.
  2. Kita ambil periuk masuk kan air dalam periuk.(guna air rebusan ikan pun ok janji bersih dan suci ye tapi jagan semua ).
  3. Kemudian masuk kan cili balander, daun cendehom,bunga kantan, serai, dan asam keping.kemudian kacau-kacau kejap bagi semua sebati.
  4. Kita renih kan dalam 10 - 15 min.
  5. Bila dah agak pekat sikit kuah tu kita masuk kan daun pudina dan garam.
  6. Akhir sekali kita rasa kuah laksa kita bila dah sedap boleh lah di hidang bersama laksa kita.
  7. Laksa tu kita rebus dulu yer baru makan bersama kuah laksa ..

Ok tu la resepi ye SELAMAT MENCUBA SEMUA,Ni la laksa yang selalu mak buat dulu dengan penuh kasih sayang dan menjadi idaman anum hingga kini dan selama nya tak kan ku lupa..💝💝💝

Tiada ulasan:

Catat Ulasan