Isnin, 20 Jun 2016

MASAK LEMAK TELUR SIMPLE ANUM

Hai..salam satu Malaysia semua bembaca setia blog resepi simple anum,hari ni anum nak kongsi resepi kegemaran anum dari kecil sampai la sekarang ni, resepi ni memang kena ada dalam sebulan kalau tidak rasa tak lengkap hidup ku ini hahahhaha.. Apa-apa pun resepi ni mak anum kongsi kan pada anum and anum kongsi kan pada semua ,biar semua pun dapat rasa masak makanan ni ,anum kalau ada lauk ni dengan nasi panas pun dah cukup tak payah ada yang lain hahahhaha biasa la anum dah biasa hidup susah ni ,jadi apa yang ada kita makan yang penting masuk mulut kenyang Hehehehe.Bahan nya pun tak susah nak dapat simple je ,tapi sedap tak terperi ok ni dia bahan and cara yer...

Bahan nya:
4 biji telur itik (kalau takder telur ayam pun tak per)
8 biji cili api (di tumbuk)
1 inci kunyit (di tumbuk)
500g santan
sedikit Daun kunyit
Garam secukupnya

Caranya:

  1. Mula-mula masuk kan santan dan bahan yang di tumbuk ke dalam periuk dan di masak.
  2. Kacau sebati bahan sampai menggelegak.
  3. Kemudian masukkan telur satu persatu yer tapi jagan lupa basuh telur tu dulu tau karang termasuk pulak kulit telur kotor 
  4. Seterus nya masukkan daun kunyit.
  5. Akhir sekali reneh kan samapi masak.
Bila dah siap masak boleh lah di hidang dan dihias kan cantik-cantik yer ok semua selamat mencuba nya..✌

Tiada ulasan:

Catat Ulasan