Isnin, 20 Jun 2016

KUIH GEGETAS SIMPLE SEDAP ANUM

Hai semua .. Dah lama anum meyepi kan ,ok hari ni anum nak kongsi resepi simple je untuk buat Kuih Gegetas, kuih ni dulu anum pun tak berapa suka and tak reti nak makan but lepas dah rasa sedap jugak rasa kuih ni so ni dia resepi simple untuk buat kuih ni resepi ni datang ye dari my mom k ,sapa-sapa minat nak rasa and ada yang suka boleh la keep try ok ✌

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1/2 biji kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
Sedikit air
Minyak untuk nak menggoreng

Untuk Sira:
1 cawan gula
1/2 cawan air
2 helai daun pandan disimpul

Cara Nya:



1. Mula-mula kita campurkan kesemua bahan dalam bekas.
2. Masuk kan air sikit-sikit dalam bekas tadi dan uli sampai tepung tidak melekat di    
     jari
3. Kita cubit adunan sebesar bola ping pong dan bulat-bulat kan sampai adunan
     habis.
4. Kemudian kita leperkan.
5. Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana

Untuk sira

1.Masukkan gula,air dan daun pandan kemudian masak dgn api sederhana sehingga
    berbuih.
2. Kemudian masukkan kuih getas yang dah siap digoreng tadi
3. Kacau sampai gula sebati kat kuih gegetas tadi
4. Siap boleh la di hidang panas-panas.

Ha tu la resepi dan cara ye ,mudah kan..tak susah pun nak cari bahan dan yang paling penting sedap di makan kan ,dah masak sendiri ni boleh la buat banyak- banyak dan makan sepuas ye kan ,tak payah nak fikir habis duit beli kat luar yang belum tentu sedap.masakan sendiri ni terjamin kerbersihan dan kehalalnya kan ok semua selamat mencuba ye..👍👧

Tiada ulasan:

Catat Ulasan