Isnin, 30 Mei 2016

AYAM GORENG KANGKUNG SIMPLE

Hai semua.. Hari ni kita try buat resepi yang lain dari lain sikit..resepi ni mmg sedap. masak kan ni anum buat ala-ala vagetrian tpi anum ajust cikit bg ada rasa hahahaha ok ni bhan and cara yer.

AYAM GORENG KANGKUNG SIMPLE

Bahan-bahan

Ayam(terserah nk byk mana)
~ kita perap ayam ni dulu dengan garam, serbuk lada,& tepung jagung
Kangkung
1biji bawng besar
1ulas bawang putih
5 tangkai Cili kering
1/2 inci halia
Bunga lawang
Sos tiram
Sos tomato
Kicap manis

Cara nyer

 ok mula-mula kita panas kan minyak, kemudian  masukkan bawang putih yang d ketuk, halia yang di hiris ,bunga lawang dan cili kering, sampai naik bau.
bila dah naik bau masuk kan ayam yang di perap tadi dan masak samapi separuh masak .
kemudian masuk kan semua jenis sos dan kicap manis.
last kita masuk kan kangkung dan masak smpai kangkung layu
Bila dah siap masak boleh la di hidang bersama nasi panas-panas

Ok selamat mecuba semua...

Jumaat, 27 Mei 2016

SOTONG GORENG SIMPLE

Ello semua hari ni anum nak kongsi resepi simple jer tapi sedap di makan oleh semua taw resepi ni anum buat time orang kat rumah tak berapa nak ramai sebab kalau ramai takut tak cukup pulak hahahahaha ok sekarang anum kongsi kan resepi Sotong Goreng Simple made by anum

Bahan-bahan

10 ekor sotong( kita bersih kn dan potong macam cincing)
1 biji bawang besar (potong bulat k)
1 biji cili merah( kita potong serong)
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar air asam jawa
** 2 ulas bawang putih
** 2 ulas bawang merah
Tanda ** ni kita tumbuk manja je ye

Cara-cara

1. Mula2 kita panas kan kuali and masuk kn sedikit minyak

2. Kemudian masuk kan bahan tumbuk dan daun kari sampai wangi k

3. Kita masuk kan pulak serbuk kunyit dan kacau

4. Masuk kan air asam jawa, garam, dan bahan perasa

5. Last kita masuk kan semua bahan- bahan lain dan sotong ke dalam kuali dalam 
     3-4minit(jangan masak sotong lama sangat takut sotong akan liat)

Ok semua selamat mencuba ye ..selamt berjumpa lagi di lain waktu dan resepi baru yang lain,, di kesempatan ni anum nk ucap selamat berpusa pada semua pembaca blok resepi simple anum.. Tq atas sokongan anda pasa resepi simple anum ni ..lepas ni anum akan masuk gambar

Khamis, 26 Mei 2016

KEK PISANG SIMPLE SEDAP

Hai.. Hari ni apa kata kita try buat resepi ni.. Simple je and cpt di masak sedap dimakan and comfem menjadi hehehehee resepi ni mmg senang nk buat tetmbah nk cuti sek ni kn boleh la buat bersama ank- anak tercinta ye .. Ok ni dia resepi KEK PISANG simple ..resepi ni untuk kukus boleh bakar pun boleh ..selamat mencuba semua resepi simple anum yg mudah dan ceria untuk semua...✌✌✌✌

BAHAN-BAHAN

1 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1sudu kecil baking powder
1 1/2 cwn pisang(di lenyek dulu k )
1 cwn minyak
1 bijik telur
1 cwn gula halus

CARA - CARA

1. Blend telur & gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan minyak dengan pisang.
3. Bila semua dah sebati kita masukkan tepung gandum.
4. Kita kacau sampai sebati
5. Kemudian kita kukus or bakar selama 45-50minit 

Bila dah siap masak boleh la di makan bersama minuman kegemaran..KEK PISANG ni sedap di makan tak kira waktu serta sesuai untuk di makan oleh bby yg nk g chek berat tu supaya berat bby boleh naik cikit hehehhe org tua2 kate pisang ni boleh menabah kn berat tp pada cik anum tak kisah yg penting sedap di makan bersama klurga tersayang...SELAMAT MENCUBA SEMUA tq sebab sudi baca coretan cik anum semua ...

Selasa, 24 Mei 2016

RESEPI APAM COKLAT

Hai semua ...apa kata hari ni kita try buat kuih kesukaan kartun anum hehehehe kartun ni comel sgat-sangat..iaitu minions comel kan kartun tu, kalau nak taw mereka akan beli kuih ni tiap kali mereka pergi kedai.. Kuih ni mmg sedap di makan pada bila- bila masa and di mna jua .. Budak2 pun suka kalau bwak kat sekolah sebagai bekal so semua bolh lah cuba resepi ni yer yang penting simple and mudah nak fine barang- barang ye..ok ni resepi

RESEPI APAM COKLAT

Bahan nyer

2 cawan tepung gandum
4 sudu makan serbuk koko
1 st baking powder
2 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air
1/2 sudu kecil sodabikarbonate
1/2 sudu kecil garam

Cara-Cara 

1. Mula- mula kita sediakan kukusan.

2. Kemudian semetara tu kita campur semua bahan dan kacau dengan hand spatula and kacau sampai sebati.

3. Kemudian kita rehatkan dalam 25 min dulu.

4. Kita sapu acuan lompang dgn minyak.

5. Kita masuk kan adun 1/2 dari cup tu k sbb nati ia akan naik k..kalau guna acuan lompang ni so lama sikit kita kukus nya dlm  masa 15-20 minit

6. Bila dah elok masak boleh lah di hidang degan minuman kegemaran ok.

**kalau nak tahu dah masak atau belum kita cucuk guna lidi kalau dh x melekat tu maksud ye dah masak k ..kalau ada lekat kat lidi tu kukus lagi smpi masak yer..

Ok selamat mecuba semua resepi simple sedap and menjadi dari anum.. Jaganegan- segan tuk cuba k.. Try bwk g keja mesti pas tu kita pun semagat nk buat keja macam minions kan Hehehe try k..

Isnin, 23 Mei 2016

CARA BASUH BUAH SIMPLE

Hai semua, hari ni anum nk kongsi resepi cara nak basuh buah anggur.. Selalu kalau kita beli buah anggur mesti ada yang putih-putih tu kan walau kita basuh dengan air pun masih ada lagi ,ok kalau nak tau tu ubat nak bagi buah tu tahan lama dan tak busuk.Ok sekarang anum bagi petua cara untuk basuh benda putih pada anggur ..

BAHAN

TEPUNG GANDUM
AIR MASAK

CARA

** MULA-MULA KITA AMBIL BUAH ANGGUR TU 
** KEMUDIAN KITA AMBIL TEPUNG GANDUM DAN SAPU RATA PADA BUAH 
    ANGGUR TU
** BILA DAH SIAP RATA SEMUA BUAH ANGGUR TU KITA BASUH DENGAN AIR 
     MASAK TADI.
** OK TADA DAH BOLEH MAKAN DENGAN SELAMAT.

OK SELAMAT MECUBA SEMUA .. Sekarang boleh la kita makan buah anggur tu dengn selamat untuk anak-anak..dh x payah susah-susah nak buang kulit anggur tu kan ,lagi pun cara ni selamat budak-budak pun boleh buat sendiri kan, buat jus pun ok jugak boleh masuk kn terus dengan kulit2 pasti sedap jus buatan sendiri kalau ada lebih boleh la buat ais krim sekali .. Cara ni bukan terhad untuk buah anggur jer untuk apple boleh untuk jambu boleh semua buah yang ada putih- putih tu la kira yer, lepas ni boeleh lah makan buah segar dengan selamat terutama untuk baby and budak kecik perut mereka sensitif dengan bahan-bahan kimia ni..

Ahad, 22 Mei 2016

PAU SIMPLE ANUM

Hai .. Semua hari ni apa kate kita cuba buat resepi pau simple anum .. Nk buat ye x susah dan sedap apa2 pun bahan yer mudah nak dapat.. Resepi ni mmg sesuai pada sapa2 yang baru cuba nak jinak2 dalam dunia masak kan..tpi yang penting yer pau ni mmg semua suka mkn ,Selamat Mencuba Semua...

PAU SIMPLE ANUM

BAHAN

5 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/2 PAKET YIS
1/2 CAWAN MINYAK MASAK
1 CAWAN AIR SUAM
2 SUDU BESAR GULA
AIR 
INTI ( IKUT SUKA NAK INTI APA-APA PUN)
DAUN PISANG 
**(INI UNTUK ALAS PAU KALAU TAKDER GUNA KERTAS MINYAK PUN TAK PE OK)


CARA

1. MULA - MULA KITA SATUKAN GULA DAN AIR SUAM DAN KACAU HINGGA GULA LARUT  DAN BIARKAN BERBUIH SEDIKIT.

2. TUANG YIS DAN MINYAK DALAM TEPUNG DAN GAUL SEBATI.

3. KEMUDIAN KITA TAMBAHKAN AIR SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL ULI HINGGA MENJADI DOH YANG LICIN DAN TAK MELEKAT DI TANGAN
.
4. KELUARKAN KAN DOH DAN TABUR SEDIKIT TEPUNG  DAN ULI LAGI UNTUK  10-15 MINIT ATAU  HINGGA MENDAPAT DOH YANG KENTAL.

5. KELUARKAN DOH DAN BAHAGIKAN DOH KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN DAN BULAT-BULAT KAN DOH.

6. KEMUDIAN AMBIL SATU DOH DAN  LEPERKAN  KEMUDIAN MASUKKAN INTI  KEGEMARAN ANDA DAN BULAT-BULATKAN KEMAS-KEMAS.

7. BILA DAH SIAP LETAK KAN ATAS KERTAS PAU ATAU DAUN PISANG.

8. KEMUDIAN KITA BIARKAN DULU NAIK LAGI SELAMA 20- 30 MINIT .

9. BILA DAH CUKUP NAIK KITA KUKUS DALAM 10-15  MINIT DENGAN API BESAR.

10. BILA DAH MASAK KITA SEJUKKAN SEBENTAR SEBELUM DIHIDANGKAN.

***PASTIKAN TUTUP PENGGUKUS DI BALUT DENGAN KAIN AGAR AIR TIDAK MENITIS DI ATAS PAU.

SELAMAT MENCUBA SEMUA.. PASTI KAN ANDA IKUT SETIAP STAP YANG ANUM BAGI YE..DAN JAGAN LUPA UNTUK CUBA SEMUA RESEPI SIMPLE ANUM..

Sabtu, 21 Mei 2016

Samosa Kentang Simple Anum

Hai semua... Hari ni anum nak kongsi resepi samosa , resepi ni mudah nak buat and apa kata kita try buat resepi ni, sambil memasak tu boleh lah kita buat and erat kan siratulrahim dengan ank2 kita ,bia diorang cuba semua and tengok macam mana susah payah ye kita memasak kat dapur tu yer ..apa2 pun budak2 mmg suka bagi mk ayah marah tp sabar di org nak belajar degan cara tu bru di orang tau kan ok lah semua... Selamat Mencuba Resepi Simple dari anum ...

 Resepi Samosa Kentang

Bahan

Kulit popia secukupnya.
Sedikit air utk melekatkan kulit popia(nak guna putih telur pun boleh tak jadi masalah)

Bahan Untuk Inti 

4 biji kentang potong dadu
ayam potong dadu
*1/2 biji bawang besar( potong dadu)
*1ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu besar serbuk kari (bancuh dengan air panas)
Daun sup(hiris halus)
garam
gula
secukup rasa(brand apa pn x pe)
Minyak( untuk menumis & mengoreng)

Cara

1. Mula2 kita panaskan minyak dan tumis bahan bertanda*.

2. Kemudian masukkan kari, dan sedikit air kacau hingga pecah minyak.

3. Than kita masukkan ayam dan kemudian masukkan kentang dan biarkan hingga empuk.

4. Kemudian kita masuk kan garam dan gula serta secukup rasa.

5.Akhir skali bila semua dah siap masak kita masukkan daun sup dan tutup api, kemudian kita Sejukkan.

6. Untuk membuat kulit popia kita potong kepada 2 bahagian dan sambungkan( kita gunakan air sebagai bahan pelekat) dan kita lekat kepada 2 bahagian tadi secara memanjang.

7. Kemudian kita masukkan inti dan lipat seperti biasa (bentuk segitiga).

8. Bila dah siap kita panaskan minyak dan Goreng hingga kekuningan ,kemudian kita angkat dan toskan minyak.

Ok tu lah cara ye k .. Tak susah pun resepi simple2 jer anum bagi mmg senang nak buat mmg sesuai untuk sapa2 yang baru nak belajar masak semosa .. Yang penting mmg sedap dan semua suka makan yang pentng kita buat sendiri and kita tahun bahan dan alatan apa yang kita guna kan , jagan jemu mencuba k..

MEE KARI SIMPLE ANUM

Hai ello apa kata hari ni kita masak mee kari simple anum mmg sedap dan lazat.. Mudah jer cara nak buat ye ,resepi ni kira nya untuk yang nak baru belajar dan yang dah pandai pun boleh tak jadi salah hahahhaaha.. Ok jom sama2 kita belajar buat mee kari sample mudah anum ni ye

Mee Kari Simple Anum

Bahan-Bahan

1 bungkus mee kuning
1 bungkus rempah kari ayam
3 sudu cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah lagi k)
Isi kerang
Udang
isi ayam di potong kecil
kacang panjang
fish cake/fish ball( taruh dua2 pun sedap)
santan secukupnya
garam
serbuk perasa
telur rebus
limau kasturi
cili merah atau hijau

Bahan Untuk Tumisan

2 biji bawang merah di mayang
2 ulas bawang putih di mayang
1 inci halia
daun kari
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntung bunga cengkih

Cara

1. Tumiskan bahan tumisan sehingga kekuningan.

2. Masukkan rempah kari,cili kisar dan masuk kan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan ,udang,isi kerang dan ayam dan kacau sebati sampai masak.
kemudian masukkan santan and tunggu sampai mendidih.

4. Masukkan pula fish cake, fish ball,dan kacang panjang.

5. Kemudian masuk kan garam dan serbuk perasa bagi sebati k,

6. Bila dah masak hiaskan dengan telur rebus,limau kasturi dan cili merah or hijau.

SELAMAT MENCUBA SEMUA ..resepi simple anum yang cukup simple untuk mereka yang baru cuba2 umtuk berjinak atau baru nak belajar masak ,sebab semua resepi simple anum semua bahan mudah nk cari and nk dapat...yang pentng pasti jadi ok selamat menjamu selera..

CHEESE MILO BISKUT SIMPLE ANUM

Hai,... Ari ni anum nk kongsi cara tuk buat Cheese Milo biskut simple anum yg begitu popular sekarang ni, nak buat yer mudah ,bahan-bahan pun mudah je nak cari and apa kata kita belajar membuatnya. Pada sapa2 nk oder pun boleh anum buat kn ok. Ni dia bahan and cara yer selamat mencuba semua...

BAHAN-BAHAN

NESTUM
BISKUT CREAM CRACKERS
1/2 TIN SUSU PEKAT MANIS
KRIM CHEESE
MILO
SUSU SEGAR(Kita guna kan untuk celupkan biskut ok)

CARA

1. Pukul creamcheese sehingga sebati. Anum gunakan hand mixer jer,kemudian masukkan susu pekat manis then pukul lagi sehingga sebati dan kita Ketepikan dulu *tapi bagi yang suka manis-manis nak letak semua satu tin pun tak pe x der masalah. tapi komfem terlebih manis lah hehehehehe...

2. Kemudian tuangkan susu segar kedalam mangkuk,kita celupkan biskut ke dalam susu segar tapi ingat jangan sampai terlembik pulak yer,cukup lah sekadar nak bagi ia lembut sedikit than susun dalam loyang k.

3. Oleskan creamcheese yang telah di putar tadi. Taruh nipis-nipis je. tak payah tebal sangat k. Kemudian, taburkan nestum di atas lapisan creamcheese tadi. nak bubuh banyak mana ikutlah suka hati masing-masing ye..

4. Ulang langkah ke-2 dan ke-3 tapi gantikan nestum dengan milo pulakn, milo ni pon ikutlah suka hati masing-masing jugak nak banyak mana tapi kalau lagi banyak milo tambah lagi sedap lah.

5. Kemudian Ulang langkah ke-2, 3, dan 4 sampai lapisan yang kita nak dan berapa yang cukup k..tapi untuk cheese milo biskut anum ni,anum dapat buat 5 lapisan je. Dan pada lapisan yang terakhir anum bubuhkan creamcheese tu tebal sikit.

6. Akhir sekali,kita taburkan nestum dan milo di lapisan creamcheese terakhir.

7. Ok sekarang boleh lah dimasukkan dalam peti ais semalaman.

Selamat Mencuba Semua.. Jagan lupa buat bersama anak2 sebb resepi ni mmg mudah serta selamat dan budak2 pun memang akan suka makan ,tapi jangan kata kan budak2 anum sendiri pun suka makan memang sedap simple dan cantik heehehe...

Khamis, 19 Mei 2016

AYAM MASAK HITAM SIMPLE

Ello .. Resepi ni mmg mudah jer nk masak kira ye apa yang ada kat dapur je.. Ayam masak hitam ni jugak sedap makan dengan nasi panas,dengan nasi goreng atau dengn apa2 je la tapi yang penting memang sedap di makan walau pun begitu saja Hehehehe ok sebelum anum merepek dan sembag lagi jauh pasal ayam masak hitam ni anum kongsi resepi dulu dengan anda semua k selamat memasak semu..

Bahan
1/2 ekor ayam (potong kecil)
1 labu bawang besar (cincang)
2 sudu cili kisar
3 sudu kicap manis
2 sudu kicap masin
1 sudu serbuk kunyit
Garam
Minyak

Cara
1. Mula2 kita ambik ayam yang dah di potong tadi kita masuk kn serbuk kunyit dan garam, kemudian kita goreng samapi masak ok

2. Kemudian ambik kuali lain tumis bawang dan cili kisar sampai naik bau k. Anum guna minyak goreng ayam tu tadi jimat sikit.

3. Bila dh naik bau tu tnda ye dah nak masak so kita masuk kan kicap manis, dan kicap masin ke dalam kuali dan kacau sampai masak.

4. Then tambh air untuk pekat kan kuah kita, kemudian masuk kn garam secubit rasa bila semua dh sekata dah sedap masuk kn ayam yang kita goreng tadi. Ta da dh siap ayam masak hitam kita.

** hati2 masa masuk kn garam k kena selalu rasa sebab kita dah guna kicap masin takut kang masin sangat jadi macam cerita bujang lapok pulak hehehehehe... Faham2 faham dah la yer.
   Ok sampai cini dulu coretan dari anum pasal ayam masak hitam ni ,nak makan tu jagan lupa baca bismilah and doa mkan dulu taw, SELAMAT MENCUBA semua jumpa lagi di resepi yang lain pulak k.

POP KEK ANUM..SIMPLE AND SEDAP

Hai... Ello hari ni rasa nak kongsi resepi yang orang cakap memang simple kira yer apa yang ada kat rumah je bahan - bahan ye, resepi cukup mudah ni anak-anak or budak-budak pun boleh buat tau ,lgi pn x bahaya untuk mereka tambahan pulak boleh erat kn lagi tali persaudaraan anak beranak hehehehe.. Sebelum anum merepek jauh lagi jom ramai-ramai kita try buat ok.

Bahan-bahan
500gm KEK SPAN PELBAGAI RASA(ada jual kat kedai kek )
50 gm MENTEGA/MAJERIN

Bahan-bahan hiasan
Coklat masakan (cairkan guna doubleboile )
Coklat urai warna warni
Batang lolipop(ada jual d kedai or kumpul lilipop yg budk2 mkn tu jimat cikit hehehe)

Cara nya
1. Mula kita hancur2 kn kek (ramas guna jari jemari je) 
2. Kemudian masuk kn mentega ramas sampai kek jadi lembab ok
3. And then kita bulat- bulat kan kek ikut saiz apa kita nk
4. Bila dah siap bulat-bulat kan masuk kan dalam peti sejuk selama 2-3 jam je k
5. Bila dah sejuk cucuk dengan batang lolipop tu
6. Bila dah siap celup kn kek dalam coklat masakan yang dah siap di doubeboile kan
7. Bila dah celup pada coklat tu cepat-cepat hiasan kan dengan coklat urai ok
8. Ok bila dah siap semua biar kan coklat tu keras & siap untuk di nikmati..

    Time bulat2 kn tu boleh la suruh budak2 or anak2 buat sama, just time coklat masak je kena ibu bapa buat kn and pantau sebab bahaya kn budak2 ni bayak main,time celup coklat dengn taruh coklat warna warni pun budak2 boleh buat memang senang sangat ,bentuk yer yang sama macam lolipop memang cantik.. sungguh sedap di makan pada bila- bila masa and di mana jugak..
   Pada yang ada majlis and nak oder pun anum boleh buat pm saja anum k, makanan macam ni lebih berkhasiat dari gula-gula yang ada di jual kat kedai and lebih selamt di makan sebab kita tahu apa yang ada dalam apa yang kita masak and apa yang kita gunakan kan betoi tak.. Bak kate pepatah kita amat berhati-hati dengan apa yang kita makan dan jagan lupa hati-hati juga dengan apa yang kita kata kan ..

                                       …....SELAMAT MENCUBA SEMUA...…

Rabu, 18 Mei 2016

AGAR-AGAR SIMPLE SEDAP

Hai, agar2 ni masakan lama ,kira tradisional la dulu mk anum suka buat dlm acuan bunga ros smpai syg nk mkn yer cantik la kata kn Hehehehe..tp mmg sedap teringin sgt nk mkn..ok skrg anim kongsi cara nk masak agar2 tradisional mk anum ni ,resepi ni anum belajar dari mk anum k..SELAMAT MENCUBA SEMUA,

BAHAN2

1 CAWAN AGAR2 TALI
4 CAWAN GULA
5 CAWAN AIR
1 SUDU KECIL PERWARNA(anum guna wrna merah sbb bunga ros hehehehe)
* pastikn guna cwn dgn saiz yg sama k ,x pn guna je cwn yg sama sbb senanag nk sukat and comfem jadi x lembik and x manis sgt

CARA2 YE

1.MULA2 KITA PANS KN AIR DLM PERIUK ,BILA DH MENDIDIH BARU LA MASUK 
   KAN AGAR2 DAN KACAU PERLAHAN2 GUNA API SERDERHANA KUAT YER..

2.BILA AGAR2 DH HANCUR OR SEKATA DH DENGAN AIR MASUK KN PULAK GULA, 
    KACAU BAGI HANCUR GULA TP SLOW2 K.

3. BILA SEMUA DH SEKATA  PADAM KN API AND MASUK KN PEWARNA KACAU 
    PELAHAN2..

4. BILA SEMUA DH SKATA MASUK KN DALAM ACUAN,BIA KN SEJUK KEJAP 
    KEMUDIAN MASUK KN DALAM PETI AIS..MKN SEJUK2 MMG BEST SGT2 SEDAP

KURMA AYAM SIMPLE SEDAP

Hai.. Ok ari ni anum kongsi resepi lauk kurma ayam Selamat Mencuba Semua...

KURMA AYAM
1/2 ekor ayam dipotong
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili hijau (ikut suka la nk wrna merah pn x pe)
1 sudu kecil ketumbar
1 batang kayu manis
1 senduk rempah kurma
3 biji kentang dipotong besar
1 cawan air
1/2 cawan santan
1 keping asam keping
1 senduk minyak masak
Secubit garam

CARA-CARA:

1.Kisar bawang besar,bawang putih,halia,serai, dan ketumbar smpai jadi halus.

2.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta masukkan rempah kurma,kayu manis, cili hijau and kacau sebati.

3.Kentang yang telah dipotong dimasukkan bersama 1 cawan air.Biarkan kentang separuh empuk.

4.Masukkan ayam,asam keping dan garam.Gaulkan sehingga ayam masak.

5.Masukkan santan dan gaul sebati dengan api perlahan.Bila kuah menjadi pekat boleh la ditutup api.

selamat mencuba..dan selamat menjamu selera

CEKODOK IKAN BILIS SIMPLE SEDAP

Hai .. Apa kate kita ramai2 guna resepi ni buat cekodok mmg sedap lembut  ,lazat dan yang penting simple bahn ye and smple nk buat yer... Anum guna resipi ni tiap kali nk buat cekodok ikan bilis or apa2 jenis cekodok mmg sedap..ini anum kongsi kn resepi k..

Cekodok ikan bilis

Bahn2
Tepung gandum
Ikan bilis
Sedikit cili boh/ cili blander
Air panas
Garam
Tepung kek(anum guna tepung kek blue key)
Minyak untuk mengoreng

Cara
1. Ok mula2 masuk kn tepung gandum,tepung kek and ikan bilis gaul sebati dulu
2. Bila dh sebati masuk kn garam dan cili boh gaul sebati
3. Sambil gaul tu masuk kn air panas(bia betul2 panas k)
4. Bila semua dh sebati and jgn sampai lembik sgt2 tau kita panas kn minyak and 
    goreng sampai abis k ..

Ok semua selamat mencuba..

Selasa, 17 Mei 2016

AIS KRIM STRAWBERY SIMPLE SEDAP

Hai ... Nk mkn ais krim tp mlas nk klua g beli ok apa kata kita buat semndiri anum suka strawbery so anum buat aiskrim strawbery sapa2 peminat strawbery kita geng k.. Ni anum bg resepi mudah and simple je nk buat ais krim strw bery ni k

Bahn2
2 cwn coffe mate krim
3 cwn susu perasa strawbery(apa brand pn x per tp duch lady sedp anum hehehehe)
2 sudu besar gula
1 sudu kecil esen strawbery (x der pn x per jnji pink k )

Cara2 nye
1. Mula2 masuk kn semua bahan dalm blander.
2. Kemudia kita blan biar semua sebati dan berbuih
3. Kemudian bila dh siap masuk kn dlm bekas dan beku kn selama 1-2 jam
4. Bila ais krim x bapa nk beku lgi bland lagi sekali ini supaya kita akan dpt tekstur ais 
     krim yg lembut berkrim.
5. Kemudian kita beku kn kembali selama 2-3 jam smapi ais krim betul2 beku k 

Bila dh siap beku mkn la bersama snak or apa juga kegemaran anda .. SELAMAT MENCUBA SEMUA …DARI RESEPI SIMPLE ANUM...

Isnin, 16 Mei 2016

APAM SUSU SIMPLE

Ok resepi apam ni mmg sedap d mkn waktu2 ptg x pn tuk sarapan kn ..ok ni resepi yer

Bahan
3-4 biji telur (ikut la saiz apa pn yer)
1 cwn gula
1 sudu kecil ovelet
3 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
Pewarna (ikut suka nk wrna apa warna warni lgi cntik heheehe)

Cara ye 

1. Kita blande semua bahan kecuali perwarna k, blander sampai kembang yer nk 
    guna max pn ok..

2. Bila dh elok sebati and kembang Bahagi2 kn aduan dan masuk kn pewarna
    
3. Masuk kn dalam acuan.. Dan kukus dlm masa 25-30 min atau sampai masak k.
 * **ingt penutup kukut perlu d lapik dengn kain supay wap jatuh atas apam kita 

Selamat mencuba semua...

TEMPE GORENG KEJU SIMPLE

Ha cerita pasal keju dgn tempe sapa yg minta lau soalan cam tu anum la org yer hahahha ,fuh mmg sedpa sgt dua2 yer tu kn ... So sapa minat kita geng k..skrg anum kongsi resepi yer dgn kita sekali kn kedua2 kesukaan anum maka jadi la tempe goreng keju simple..

Bahan2
Beberapa keping tempe ( hiris nipis2 )
1 ulas bwg putih (tumbuk lumat)
1 sudu mkn tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk kari
2-3 keping keju ( d hiris )
Garam secukup nya

Cara
1. Bancuh tepung bersama dgn bwng putih, serbuk kari dan garam

2. Kemudian gaul rata dengan tempe.

3. Goreng hingga kekuningan

4. Bila dh masak angkat dan letak keju atas tempe

5. Sedia utk d nikmati utk snek mkn petang kita atau pada bila2 masa.

APAM COKLAT SIMPLE

Dh lama x mkn apam... Ok anum kongsi masak apam coklat simple jer.. SELAMAT MENCUBA SEMUA

BAHAN

1 CWN TEPUNG GANDUM
1/2 CAWAN GULA
1/2 CAWAN SUSU PEKAT
1/2 CAWAN MINYAK MASAK
1/2 CWN AIR
1/2 SUDU KECIK SODA BIKARBONAT
1 BIJI TELUR
2 SUDU BESAR SEEBUK KOKO

CARA

$ PUTAR SEMUA BAHAN MENGGUNAKAN MIXER (NK GUNA BLANDER PN BOLEH)
$ BILA DH SEKATA MASUK KN SEMUA BAHAN DLAM ACUAN YG TELAH D SAPU 
   CIKIT MINYAK.
$ KEMUDIAN KUKUS 10- 15 MIN

* TUTUP PENUTUP KUKUS DGN KAIN AGAR AIR WAP X KENA PADA APAM.. BILA DH SIAP MASAK HIAS CNTIK2 K

AIS KRIM GORENG SIMPLE SEDAP

Dah lama x mkn ais krim goreng kn ... Ni anum kongsi resepi simple jer nk buat ais krim goreng, ais krm goreng ni boleh simpan bila nk goreng jer kira forzen la hehehee ok semua slamat mencuba resepi simple anum....

Bahan- bahan

* Roti ( ikut suka nk bapa byk and brand apa pn x pe semua ok )
* Ais Krim ( ni pn sama jugak x kisah brand apa perasa apa sekali pn )
* Acuan Karipap ( mudah nk buat )

Cara yer

- letak sekeping roti atas acuan karipap

- masuk kn aiskrim dlm satu satu sudu besar dan kapit kn dgn satu lagi roti kemudian 
  kepit kuat2 supaya aiskrim x terkeluar.

-kita buat satu2 smpai siap kemudian simpan dlm peti sejuk (forzen) @ tempat beku .

-simpan dalam masa satu hari , ini sbb kalau beku lagi senang nk goreng.

- bila dh betoi2 beku boleh la goreng dlm minyak yg betul2 panas... Dlm beberapa saat 
  angkat k jgn lama2 nati ais krim cair.

-bila dh siap boleh lah d mkn yum yum

TEMPE GORENG PEDAS SIMPLE

Hai, sapa2 peminat tempe kita geng k... Resepi ni simple and pasti yer sedap d mkn begitu sahaja.. Anum belajar mkn ni dri mk anum ,lau x dulu anum pn x mkn tp skrg siap buat resepi lgi ahahahah ok semua slmt mencuba...

Bahan- bahan

2-3 bungkus tempe ikut suka nk byk mna k ( korang hiris nipis )
2 sudu besar anak udang
1 biji ubi kentang (potong dadu k)
Sikit air asam jawa
Gula
Garam
Cili boh
2 ulas bwng merah
2cm belacan

Cara

1. Goreng tempe,anak udang, dan ubi kentang smpi garing, kemudia kita ketepi kn 
     dulu.
2. Kemudian guna kn kuali yg sama dengan cikit minyak untuk menumis,sementara 
     tu kita tumbuk lumat bwng merah dan belacan kemudian masuk kn dalam kuali     
     bersama cili boh smapai naik bau.
3. Bila dh mask masuk kn pulak air asam jawa,gula,dan garam(jgn byk taw)
4. Akhir sekali kita masuk kn tempe yg d goreng tadi dalam kuali dan masak sampi 
    kering..sedia d hidang yum yum

Ahad, 15 Mei 2016

POPIA STICKS ANUM SIMPLE SEDAP

Ok ..resepi ni mmg cukup simple untuk  ibu2 yg bze boleh buat tuk ank2.. Mudah jer nk buat resepi ni.. Semetara nk tungu msak nasi tu ank2 boleh kudap popia stik ni mmg sedap dan berkhasiat tuk bdk2 mkn.. Selamat Mencuba...

Popia stik anum simple sedap..

Bhn2
Kulit popia yg kecil k
Coklat masak
Tepung gandum and air (ini utk gam kulit popia )
Coklat Manik warna warni

Cara
@ mula2 kita gulung kulit popia (tp skrg ada yg dh siap gulung kat pasar raya boleh 
    guna jugak k ).
@ lau beli yg dh siap gulung tepung gandum dgn air tu x yah la guna k ..yg gulung 
    sendiri tu guna kn tepung gadum and air tu untuk lekat kn ok.
@ kemudian bila dh siap gulung tu boleh la d goren smpi masak k..
@ sekarang kita nk cair kn coklat masak (Guna cara double boiler k)
@ bila coklat dh siap cair celup kn popia stik tdi dan tabur coklat manik warna warni.
@ bia kn coklat tu keras cikit kemudian boleh d mkn ataw simpan dlm bekas kedap 
     udara 

Ok selamat menjamu selera.. And selamat mencuba semua

AYAM PERAP MADU SIMPLE

ok , kali ni anum nk kongsi ayam perap madu simple jer x susah pn semua boleh msak yg penting simple sedap dan mejadi k..

AYAM PERAP MADU SIMPLE...

BAHAN

1\2 EKOR AYAM (potong2 yer)
1 SUDU BESAR SOS TIRAM
1 SUDU BESAR MENTEGA
1 SUDU BESAR MADU
1 SUDU BESAR KICAP MANIS
#bawang merah
# bawang putih
# halia

YG ANUM #  TU TUMBUK SAMPAI LUMAT OR HALUS K

CARA

1. GAUL SEMUA BAHAN BERSAMA TERMASUK YG ANUM # TU K.
2. KEMUDIAN KITA PERAP SELAMA SEJAM ATAU LEBIH PN X PER NK IKUT KN LGI 
    LAMA LAGI SEDAP..
3. BILA SEMUA BAHAN DAH SEKATA KITA GORENG DENGN API YG SLOW OR 
    PELAHAN K( ni sbb kita x nk ayam x masak kat dalam )
4. BILA DH SIAP MASAK BOLEH D MKN BEGITU SAHAJA ATAW MKN DGN NASI 
    MMG LAZAT..

SELAMAT MENCUBA SEMUA.. LAUK SIMPLE DARI ANUM..

Oreo Butter Simple Sedap

Resipi ni mmg mudah and simple jer bhan yer.. Tp yg pentng sedap and lazat kalau nk tahu sukatan ye baca cara ye k.. SELAMAT MENCUBA SEMUA

Oreo Butter Simple sedap

Bhn2
 Oreo, butter , coklat masak, and susu lemak berkrim

Cara ye 

1. Ok cara yer mudah jer beli oreo dlm 2pek(330g) kemudian kita hancur2 @ kisar pn boleh x jdi masalah k
2. Dalam bekas sama masuk kn 1/2 cwn butter dan gaul kn bgi rata
3. Bila dh sekata ,masuk kn dlm bekas@ acuan
4. Tekan tekan kan cikit bagi padat dlm bekas ( gunakan sudu k baru betoi2 padat )
5. Kemudian masuk kn dlm peti sejuk ( bahagian atas freze k)
6. Sementara tu kita panas kn susu & campur dlm coklat masak( ni ikut agak2 jer sukatan yer k)
7. Dalam 2-3jam dh elok keras yer oreo dlm acuan kita tu ..kita tuang kn susu and coklat tadi dlm bekas or acuan kita
8. Bila dh siap semua boleh la d mkn or simpn dlm peti sejuk mkn bila dh sejuk hias la apa2 atas yer bg cntik menarik kebabom hahahaa 

Ok sampai sini dulu .. Nati kn lagi byk resepi mudah simple and menarik dari anum ok semua .. Tq for read..

AIS KRIM PISANG SIMPLE

Ais Krim Pisang Simple

Resepi kali ni berasas kn buah pisang ...Nk buat ais krim pisang ni mmg mudah sgt2 bdk2 pn boleh buat.. K selamt mencuba

1. Mula2 kita sejuk kn pisang dalam peti sejuk selama 2-3 jam

2. Kemudian kita potong pisang buat bulat2 

3. Bila dh siap potong kita kisar pisang dgn susu rendah lemak smpai jadi gebu dan berkrim

4. Kemudian kita sejuk kn balik kat peti sejuk sampai beku

~ untuk rasa yg lebih sedap boleh la tmbah coklat atau kacang ke dalam adunan

KEK PISANG COKLAT SIMPLE SEDAP

Selamat mencuba resepi anum...

KEK PISANG COKLAT SIMPLE SEDAP ANUM..

BAHAN

3 BIJI PISANG YG TERLEBIH MASAK
5 SUDU BESAR GULA
2 BIJI TELUR
245G TEPUNG GANDUM
5 SUDU BESAR SERBUK KOKO
1/2 SUDU KECIL BAKING POWDER
1/2 SUDU KECIL SODA BIKARBONAT
SECUBIT GARAM

CARA

* MULA2 PANAS KN KETUHAR 180°C
* PENYEK2 KN PISANG SMPAI SEBATI DLM MANGKUK
* MASUK KN GULA DAN PUKUL SMPI SEBTI 
* MASUK KN TELUR SATU2 SMPI SEMUA SEBATI BARU LA MSUK KN MINYK & GARAM
* KEMUDIAN SATU KN TEPUNG GANDUM, SERBUK KOKO, BAKING POWDER, SODA BIKA DAN GAUL KN RATA AND SEBATI.
* MASUK KN KE DLM LOYANG DAN BAKAR SELMA 25-30MIN JER K

OK KAT SINI ANUM NK BG TAHU  KITA BUAT NI JUST PAKAI SPATULA JE K JGN OVER WORK ...

ROTI CANAI LEMBUT SIMPLE SEDAP

Ok skrg ni bila2 pn dh boleh mkn roti canai jnji ada bahan kn.. Hari ni anum nk syer cara untk buat roti canai yg lembut sedap and simple.. Boleh mkn dgn sambal, dgn kari, and dgn apa2 kari dal heehehehe mmg sedap and terangkat..mkn cam tu je pn ok sedap lembut je.. lau ada sapa2 nk oder roti canai simple sedap ni boleh Pm anum k d persila kn

Roti Canai Lembut Simple Sedap...

Bhn

1/2kg   Tepung Gandum
750ml  Air Suam
1 Biji     Telur
1 Sudu  Garam
1 Sudu Besar Mantega

Cara

1- Masuk kn semua bahan dalam bekas and kacau smpi sebati semua yer kecuali air
2- Bila dh sekat masuk kn air sikit-sikit & uli sampai jadi doh.
3- Rehat kn doh dalam 10min
4- Uli lagi selama 6-8 min
5- Ulang langkah tu smpai 3x (proses uli dan rehat)
6- Bila doh dh kenyal dan tak melekat boleh la bulat2 kn doh
7-Bentuk kn bebola and salut dgn majerin.. Perap dalm 3 jam
( Kalau Lembik Tambh Tepung Gandum )
8- Bila dh siap boleh la canai and goreng atas api slow je lau nk simpn dlm peti sejuk pn ok bila2 nk boleh masak,jaji simpan dlm bekas kedap udara ..

 SELAMAT MENCUBA..RESEPI SEMPLE SEDAP DARI ANUM

PETUA SEBELUM MASAK KEK DARI ANUM..

Hai... hari ni anum nk bg petua cikit sblm kita mask kek ... Harap2 dapt membantu u all semua agar dpt memasak kek dgn lebih menjadi k...

1- Sebelum kita masak kek or biskut ke kita panas kn ketuhar dlm 15 min sebelum kita            masuk kn kek or biskut, ini supaya kek or biskut kita bertindak balas dengan lebih cpt 
    dlm ketuhar yg panas.

2- Yang ni penting JANGAN sesekali bukak pintu ketuhar sebelum 30min yg pertama.

3- 1/2 jam(setengah jam) sebelum nk masak kek or biskut keluar kn mentega & telur
     supaya berada dalam suhu bilik.

4-  Untuk kek mentega kaedah mengkrim:- kita perlu pukul mentega & gula sampi
     kembang and gebu baru lah kita masuk kn telur dan bahan2 lain.

5-  Untk kek span kaedah foming(buih) :- kita pukul telur dgn gula smpi betul2 kembg
     and gebu baru lah kita masuk kn bahan2 lain.

Ok smpi sini dulu petua serba sikit sebelum masak kek or biskut dari anum semoga bermaaf buat semua...Selamat Mengamal kn Nya Yer... Apa2 boleh pm anum..and anum sedia mendegar fitback dri anda dgn hati yg terbuka...

Sabtu, 14 Mei 2016

Tiramisu kastar simple sedap anum..


Tiramisu kastar simple sedap anum..
Hello ... Resepi ni boleh buat untuk cuci tekak di panas hari ...

Bahan2

Biskut Marie
Serbuk coklat / Milo
Air kopi ( utk celup biskut )

BAHAN KASTARD
1 cwn tpung kastard
1 1/2 tgh cwn gula
1 cwn Susu cair
3 cwn air
3 sudu besr mntega
1 sudu besar esen vanilla

CARA
1. Satukn semua bahan kecuali mntega dn esen
2. Masak sampai pekat , likat and padam kn api
3. Msukkan mentega dn esen.. kacau rata bagi semua sebati and sejukkan kejap

Dlm bekas kecil 
-Msukkan bhn kastard dulu
-Lapikkan dengn 2 keping biskut
-Lapikkan kastard lg
 (Ulang - ikut suka hati )
-Taburkan serbuk milo atas sekali .

Simpan dlm peti sejuk dulu dlm 10-15 min....Kemudian Siap untuk santapan semua...

SELAMAT MENCUBA SEMUA.... TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENCUBAMENCUBA 
Sapa2 nk oder pn boleh k .. Boleh pm anum..

Yong Tau Fu Anum Simple

Hai and hello ... Ok skrg anum nk syer cara nk buat kuah YONG TAU FU..anum belajar mkn ni dri kakak anum..bila dh try wow so delicious yum yum..mkn ni dri nama yer pn kita dh taw kn tp kita melayu kn cikit bg selera tekak org melyu ni kasi pedas cikit… Yong Tau Fu ni mkn dgn segala jenis fishkit yg ada mmg sedap x rugi cuba taw ..

Bahan Yong Tau Fu
U all beli la apa2 fishkit kat kedai or kat pasar ke jnji halal and fishkit k

Cara yer
U all rebus smpi masak fishkit tu k dlm 5- 10 min jer k

Bahan kuah Yong Tau Fu

 1 ketul gula melaka
 10 or nk lebih bg pedas pn boleh Cili Kering
  1cm Belacan (bakar cikit belacn ni yer)
Tepung jagung( Bancuh tepung ni dgn air .. Tepung ni utk pekat kn kuah kita)

Cara2 yer
1. Panas kn air dlm periuk dan masuk kn gula melaka ,kita didih kn smpi hancur gula
     tu k
2. Sementara tu kita goren cili kerintin tu smpi jadi kuning2 sikit yer
3. Bila cili dh msak sejuk kn kejap kemudian kita blander dgn belacan
4. Masuk kn bhn belander tadi kat dlm air gula
5. Didih kn kejap kemudian bila dh sekata masuk kn air bncuhan tepung jagung tadi
    untk memekat kn kuah kita taruh cikit2 k smbil kacau..
6. Last sekli masuk kn bahan tambahan or secret resepi seperti Kicap Manis, Bahan
     perasa, garam, & gula..Bila semua dh sekata and sedp d rasa boleh lah d mkn
     bersama dgn fishkit you all tadi...

SELAMAT MENCUBA YA....

Jumaat, 13 Mei 2016

PAPRIK CAMPUR SIMPLE DAN SEDAP

Hai hari ni rasa yer cam nk mkn lain dari lain cikit harap2 semua dapat try resepi dri anum ni k SELAMAT MENCUBA SEMUA....Nati kn resepi and petua2 dari anum lagi k..

PAPRIK CAMPUR

Bahan2

Ayam ( potong dadu yer )
Beberapa ekor sotong kalau nk letak udang pun boleh x kisah letak 2dua pn takpe
sedikit sayur bunga kobis, carrot, kacang panjang
1 biji bawang besar
1 batang serai
2 helai daun limau purut
2 biji bawang putih (d cincang)
1 biji cili merah – hiris
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
3 biji cili padi(kalau nk pedas taruh la banyak lagi hehehehe)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 cawan air
3 sudu minyak masak
garam dan gula

Cara nyer

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili kisar.
2. Bila garing masukkan ayam, kacau hingga masak.
3. Masukkan semua jenis sos kacau, serai dan daun limau purut masukkan sedikit air.
4. Kemudian msukkan udang, sotong dan sayur,bawang dan cili.
4. Kacau hingga masak
5. Rasakan garam dan gula

Bila semua dh ok boleh la sedia untuk dihidang dan boleh d mkn yum yum...

KEK FANTASI BULAN MADU SIMPLE SEDAP

Hai slam satu Malaysia semua....ari yg tenang ni jom kita sama-sama buat kek...
Ok mama kek ni Fantasi Bulan Madu ahahahaha SELAMAT MENCUBA SEMUA resepi simple dari anum

KEK FANTASI BULAN MADU SIMPLE SEDAP

Bahan2

5 sudu besar minyak msk
1 sudu kecik soda bikabonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula - ikut la kalo nk mnis tnbh lagi
1 1/2 cawan tepung gandum (d ayak k)
Dalam 250ml air sejuk ( yang dalm peti ais taw)
Sedikit garam
Sedikit esen vanila
Coklat chip

Cara2..

1. Satukan tepung yg dh siap d ayak dgn ,serbok koko,garam,soda bikabonat dan      
    baking powder...
2. Pastu masuk myak masak , air sejuk dan gula..kacau bagi semua sebati sekali...
3. Bila semua dh sebati Masuk kan sedikit coklat chip dan kacau lagi bagi rata k
4. Kemudian bakar dalam oven dalam 160°c selama 35mnit atau smpai msak...
5. Bila dh masak boleh la d mkn yum2

RESEPI PUDING JAGUNG KASTARD SIMPLE SEDAP

Selamat ptg semua.... Anum nk bg resepi puding jagung kastard mmg sedap mkn ptg2 ni taw....meh layan resepi anum ni dulu ye...

RESEPI PUDING JAGUNG KASTARD SIMPLE SEDAP

Bhn2....

1 1/2. cawan tpg kastard
2 1/2.  cwn air
1 tin susu cair
1 tin jagung ceramy

Cara2 yer

Ok mula2 kita campur kn semua bhn dlm bekas, kemudian kita kacau sampai semuanya sebati supaya tepung x berketul2.Kemudian masukkn dlm kuali dgn api yg sederhana ok kemudian kacau sampai jadi likat dan  pekat .Bila dah msak masuk kn dalm acuan and kita sejukkn dlm peti sejuk.. Bila dh siap boleh la yum2 semua

Selamt Mencuba..and selamt menjamu selera k...

Khamis, 12 Mei 2016

BINGKA ROTI SIMPLE SEDAP

Hai... Hello ari ni anum rasa semagat and rajin pulak nk tulis resepi lagi.. Ni dia resepi bingka roti yg sedap lazad dan berkhisat..

BINGKA ROTI SIMPLE SEDAP LAZAT

BHN2

9 keping roti ( di carik2 kn k)
1 1/2 cwn santan
1/3 cwn gula halus
1/2 sudu kecik garam
1/2 sudu kecik esen vanila
1/2 tin jagung
3 biji telur ayam ( pada suhu bilik )
2 sudu besar butter (di cair kn)

CARA YER

MULA2 RENDAM ROTI YG DH SIAP D CARIK2 DLM SANTAN ,SATU KN SEMUA BAHAN (KECUALI ROTI TADI TAW NI KIRA YER DLM BEKAS LAIN )
KEMUDIAN GAUL KN SEMUA BAHAN KECUALI ROTI TU TADI.. BILA DH SEBATI BARU LAH MASUK KN ROTI DAN GAUL2 LAGI K, BILA DH SEBATI BOLEH LAH TUANG KN DALAM ACUAN PEMBAKAR YANG TELAH DI SAPU DGN BUTTER TERLEBIH DAHULU SUPAYA X LEKAT ... BAKAR DLM OVEN YG PANAS PD SUHU DLM 180°C SELMA 35-40 MIN @ SMPI MASAK K ... BILA DH SIAP BOLEH D HIDANG DGN HIASAN YG CNTIK K 

KEREPEK ISI KETAM SIMPLE LAZAT ANUM


Hai.. Ok hari ni anum nk kongsi buat kerepek.. Pada peminat kerepek slmt mencuba yer..ingt resepi anum ni comfem jadi hahahaa jgn segan untuk cuba buat taw..

KEREPEK ISI KETAM

Bahan2;

Bahan utama yer tak lain dan x buakn pasti nya isi ketam(anum guna yg beli kat pasar raya tu isi ketam hehehe) dalam 2 pek lau nk lebih ikut suka yer anum ni nk buat satu balang jer..3 tangkai daun kari, minyak untuk nk goren ,1/2 sudu serbuk kari ,
 1/2 sudu serbuk lada (ni kalau suka pedas ),dan yang akhir buat menamba perasa tu 1 sudu kecik cukup rasa(apa bran pn x pe janji secukup rasa yer)

Cara

Ok cara yer mudah jer mula2 ambik isi ketam basuh dan tos kn air yer kemudian kita picit2 sikit isi ketam tu kemudia kita carik2 kn smpi halus isi ketam tu...Bila dh siap koyak2 kn isi ketam tu campur kn dgn serbuk cukup rasa,lada,serbuk kari dan daun kari.kacau bg sebati semua yer...kemudia kita biar kn kejap kira macam peram kejap bg semua bhn2 sebati dgn isi ketam tu ok..nk jemur pn ok juagk tu pn kalu hari panas kalu x buat je macam tadi kita peram kn sekejap dlm 5-8min.. Ok bila dh siap peram kita bolh la pans kn kuali and minyak dan goren la sampi rangup and masak k .. Dah siap boleh la masuk kn dlm bekas kedap udara.. Mmg sronok mkn smpi x sedr satu balang abis nti smbil2 tgk cerita kn Hehehe he


Rabu, 11 Mei 2016

Cup Kek Butter Mudah

Hai … hari ni anum nk kongsi resepi kek butter mudah simple je nk buat and ank2 serta budak2 mmg suka mkn mmg sedap taw.. Resepi ni anum ambik dari buku resepi mk anum so dh lama2 anum buat and jadi .. Jgn lupa cuba buat yer comfem jadi .ok la ni resepi yer.
Selamt mencba resepi dari cik anum…

CUP KEK BUTTER MUDAH 

BAHAN2

1 cwn Mentega
1 cwn Tepung naik sendiri(anum guna blue key)
2 cwn Gula halus(gula biasa pn ok tp lmbt nk bg hancur hehehe)
4 Biji Telur Ayam
1 sudu kecil Esen Vanila

CARA2

1. MACAM BIASA PUKUL GULA HALUS BERSAMA MENTEGA SMPAI GEBU AND    
     GULA TU SEBATI DENGAN MENTEGA OK..
2. KEMUDIAN MASUK KN TELUR SATU SATU
3. MASUK KN TEPUNG DAN PUKUL SMPI KEMBANG
4. KEMUDIAN MASUK KN ESEN VANILA KACAU LGI BAGI SEMUA YER SEKATA
5. BILA SEMUA DH SEBATI MASUK KN DLM PAPER CUP 1/2 K KIRA SEPARUH CUP 6. KEMUDIAN BOLEH LAH D BAKAR SMAPI MASK K..

*TARUH SEPARUH CUP JER SBB NATI DIA AKAN NAIK ✌

Selasa, 10 Mei 2016

CHAR KUEY TEOW SIMPLE SEDAP

Hai semua anum teringin sgt nk mkn char kuey teow hujan2 ni dh lama anum cari kedai yg masak char kuey teow ni tp satu pn x der susah bebeno... Ok sapa2 yg cam anum gak teringin nk mkn tp x der kedai yg sudi jual so kita masak jer sendir yg penting SIMPLE,sedap,and confem jadi janga risau k ...

Bahan-bahan

Satu pek Kuey Teow dlm 120 gm satu pek
2 Sudu minyak masak
3 sudu besar cili kisar
Kicap secukup rasa ye
1 biji telur
Beberapa isi kerang(ikut suka)
Beberapa ekor udang(ikut suka)
Garam
Perasa(anum guna maggicukuprasa tp brand lain pn ok)

Cara
1.Panas kn minyak dalam kuali kemudian masuk kn udang dan goren smpi masak
2.Ok bila udang dh cukup mask keluar kn tos minyak
3.Guna kn minyak yg sama and goren cili kisar sekejap.
4.Bila dh masak masuk kn kicap dgn telur ayam.
5.Masuk kn kerang dan mask smpi sebati semua masuk udang yg d tos tdi
6.Bila semua dh masak and sebati masuk kn kuey teow yg dh siap d basuh ke dlm kuali dan masuk kn garam and perasa.
7.siap d mask and boleh d santap panas2 mmg lazat yum yum

Ahad, 8 Mei 2016

IKAN ASAM REBUS SMPLE

Ikan Asam Rebus Simple

Bahan2

*Ikan Selar
* Tomato,or Bandi
*Asam keping 2-3 keping
*Serai 1btg d ketuk
*Garam

Bahan Kisar

1.Bawang Merah 1biji
2.Bawang Putih   1ulas
3. Belacan.          1/2inci
4.Kunyit.              1/2 inci

Cara2

Mula-mula didih kan air di dalam periuk ,bila dh elok mendidih masuk kn bahan kisar di dalam periuk dan kacau rata bila dh rata masuk kan ikan ,serai,asam keping dan masuk kn garam.Bila dh mendidih dan ikan dh masak masuk kn sayur masak hingga sayur layu .. Sekarang boleh d hidang dgn nasi panas sedap.. SELAMAT MENCUBA RESEPI SIMPLE DARI ANUM YG PENTING PASTI ENAK DAN MENJADI ✌
Sapa2 nk kongsi resepi or idea dengan anum, anum sedia menerima dgn hati yang terbuka and gumbira ... Tak lupa jugak untuk Sapa2 nk oder kek or hamper bby ke and gudis beg for party boleh wassup anum hrg mmg murah anum bagi taw sapa2 nk pm anum ok tq 🙌

ROTI BAKAR HARUM SEDAP

Hai hari ni anum nk kongsi resepi simple buat roti bakar jadi harum resepi ni boleh la di buat sarapan pagi nati yer...

ROTI BAKAR HARUM SEDAP

BHN2

ROTI EMPAT SEGI
PLANTA / MAGERIN
GULA OR KAYA(apa brand pn ok)

Cara yer
1. Panas kn kuali dlm 2 or 3 min
2.Kemudian ambik roti sapu kn majerin or planta d kedua2 bahagian
3.Kemudian bakar dlm kuali dlm 1 or 2 min (kalu lama takut hangit)
4.Bila dh siap masak roti bakar yg panas2 tu d sapu dengn kaya or telur
5.kat sini anum nk bg petua nk bg roti sedp lgi sapu magerin dulu sbelum letak apa2
    Kat atas roti bakar tadi.. Resepi ni mmg mudah sedap dan akan jadi

.  So anum rasa bdk or ank2 pn boleh buat sendir Kn

Rabu, 4 Mei 2016

My NEST ANT BISCUITS






https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAbgv5vTtZcompOJngHf3QNkrAii1yYxHUaUPZ-eYnHJkunwjNIg0RMNJ6gqkg4To0KypBzXlbV_hyphenhyphen8YX7FTMup7myVzWNfYhvYgjBca8c4edwyTqGb-8yYnoZFYABbjIoUfcx4AK8vSw/s1600/sarang-semut.jpg
 (Picture from Google)


My Nest Ant Biscuits

Substance

3 cup margarine
3 cup flour custard
2 egg
2 cup custard sugar
    Chocolate bead
    Paper cup

Way:-

1.Beat Margarine and flour custard

2.mix and Put the egg one by one

3.Then put the custard suger Slow2 and mix together

4.Take the dough and Grind small

5.Put the small dough into the paper cup

6.And put the chocolate bead

7.Then burn in to toast 20 minute at 180°C

*IF THE DOUGH WEAK PUT THE WHEAT FLOUR..


Selasa, 3 Mei 2016

BEGEDIL KENTANG SEDAP


RESEPI BEGEDIL KENTANG SEDAP..

Bahan-bahannya

● Kentang - kupas dan potong dadu
● Bawang goreng
● Daun sup / daun bawang
● Lada putih
● Garam
● Kentang
● Telur ayam
● Minyak masak

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan goreng kentang sehigga lembut dan keperangan.

2. Toskan minyak daripada kentang.

3. Tumbuk kentang sehigga lumat.

4. Masukkan garam dan lada putih secukup rasa.

5. Masukkan daun sup atau daun bawang dan bawang goreng. Teruskan tumbuk dan     gaul rata.

6. Bentukkan bergedil menjadi bulat tp sedikit leper supaya cepat masak bila dgoreng

7. Pecahkan & kacau telur. Kemudian rendam bergedil ke dalam telur.

8. Goreng bergedil dlm minyak panas sehingga keperangan.

9.Sedia untuk dihidangkan

selamat mencuba semua....

My Kek Batik

Hai .. Ari ni nk kongsi resepi yg senang jugak..resepi ni mmg budk2 suka sgt2 hehe gmbr x sempat nk ambik dh abis d mkn hahha.. Ni bahasa melayu dulu nati anum pos yang dalam BI pulak ok ..jgn susah hati sentiasa jadi 😍

My Kek Batik

Bahan2
2 biji telur
1 cwn milo
1 cwn gula
1 cwn air
1 cwn Mentega
1/2 kg biskut marie
Anum guna sukat pakai cwn sbb mudah nk sukat

Cara2 yer

* Pukul mentega bersama telur.ketepikan
* masak kn gula, milo, bersama2 air smpi mndidih
* masuk kn mentega besama telur
* Patah2 kn biskut jdi kecik2
* Gaul rata biskut bersama adunan tadi ,kemudian sejuk kn

Sedap di mkn sejuk2 ... Slmt mencuba Taw

Isnin, 2 Mei 2016

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

PUDING ROTI KARAMEL:

3sdb gula-Jadikan gula hangus
4keping roti gardenia
4 biji telur
1/2 cwn susu pekat manis
2cwn air
1sdk esen vanila

Cara buat gula hangus:
Masukan gula terus dalam loyang
masak hingga kuning keperangan
dengan api perlahan..sejukan
Blendkan telur roti yang dicarik2
dulu bersama air dan susu serta
esen vanila bagi sebati je..
Tuang bahan blend tadi kedalam
loyang gula tadi kukus dalam
masa 40- 1 jam..Tunggu sejuk baru
terbalikan..(Periuk kukus hendak
lah dipanaskan dulu)
*SELAMAT MENCUBA*