Khamis, 19 Mei 2016

POP KEK ANUM..SIMPLE AND SEDAP

Hai... Ello hari ni rasa nak kongsi resepi yang orang cakap memang simple kira yer apa yang ada kat rumah je bahan - bahan ye, resepi cukup mudah ni anak-anak or budak-budak pun boleh buat tau ,lgi pn x bahaya untuk mereka tambahan pulak boleh erat kn lagi tali persaudaraan anak beranak hehehehe.. Sebelum anum merepek jauh lagi jom ramai-ramai kita try buat ok.

Bahan-bahan
500gm KEK SPAN PELBAGAI RASA(ada jual kat kedai kek )
50 gm MENTEGA/MAJERIN

Bahan-bahan hiasan
Coklat masakan (cairkan guna doubleboile )
Coklat urai warna warni
Batang lolipop(ada jual d kedai or kumpul lilipop yg budk2 mkn tu jimat cikit hehehe)

Cara nya
1. Mula kita hancur2 kn kek (ramas guna jari jemari je) 
2. Kemudian masuk kn mentega ramas sampai kek jadi lembab ok
3. And then kita bulat- bulat kan kek ikut saiz apa kita nk
4. Bila dah siap bulat-bulat kan masuk kan dalam peti sejuk selama 2-3 jam je k
5. Bila dah sejuk cucuk dengan batang lolipop tu
6. Bila dah siap celup kn kek dalam coklat masakan yang dah siap di doubeboile kan
7. Bila dah celup pada coklat tu cepat-cepat hiasan kan dengan coklat urai ok
8. Ok bila dah siap semua biar kan coklat tu keras & siap untuk di nikmati..

    Time bulat2 kn tu boleh la suruh budak2 or anak2 buat sama, just time coklat masak je kena ibu bapa buat kn and pantau sebab bahaya kn budak2 ni bayak main,time celup coklat dengn taruh coklat warna warni pun budak2 boleh buat memang senang sangat ,bentuk yer yang sama macam lolipop memang cantik.. sungguh sedap di makan pada bila- bila masa and di mana jugak..
   Pada yang ada majlis and nak oder pun anum boleh buat pm saja anum k, makanan macam ni lebih berkhasiat dari gula-gula yang ada di jual kat kedai and lebih selamt di makan sebab kita tahu apa yang ada dalam apa yang kita masak and apa yang kita gunakan kan betoi tak.. Bak kate pepatah kita amat berhati-hati dengan apa yang kita makan dan jagan lupa hati-hati juga dengan apa yang kita kata kan ..

                                       …....SELAMAT MENCUBA SEMUA...…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan