Jumaat, 13 Mei 2016

PAPRIK CAMPUR SIMPLE DAN SEDAP

Hai hari ni rasa yer cam nk mkn lain dari lain cikit harap2 semua dapat try resepi dri anum ni k SELAMAT MENCUBA SEMUA....Nati kn resepi and petua2 dari anum lagi k..

PAPRIK CAMPUR

Bahan2

Ayam ( potong dadu yer )
Beberapa ekor sotong kalau nk letak udang pun boleh x kisah letak 2dua pn takpe
sedikit sayur bunga kobis, carrot, kacang panjang
1 biji bawang besar
1 batang serai
2 helai daun limau purut
2 biji bawang putih (d cincang)
1 biji cili merah – hiris
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
3 biji cili padi(kalau nk pedas taruh la banyak lagi hehehehe)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 cawan air
3 sudu minyak masak
garam dan gula

Cara nyer

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili kisar.
2. Bila garing masukkan ayam, kacau hingga masak.
3. Masukkan semua jenis sos kacau, serai dan daun limau purut masukkan sedikit air.
4. Kemudian msukkan udang, sotong dan sayur,bawang dan cili.
4. Kacau hingga masak
5. Rasakan garam dan gula

Bila semua dh ok boleh la sedia untuk dihidang dan boleh d mkn yum yum...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan